Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lima negeri berkenaan adalah Terengganu, Kelantan, Johor, Pahang dan Sabah.
"Keadaan pun baik sedikit berbanding hari sebelum ini. Setakat semalam (Khamis) kita sudah mengerakkan 750 sumber manusia dan 144 aset dengan 47 aset adalah bot, 32 lori, 59 kenderaan pacuan empat roda serta enam ambulans dan van," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ayob Khan memberitahu, kesemua aset berkenaan berada dalam keadaan baik dan tidak ditenggelami banjir.
Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang tidak banyak berubah pada pagi Jumaat.
Ia menyaksikan penurunan kepada 23,008 orang berbanding 23,011 mangsa tengah malam tadi, yang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS).
Sementara itu, banjir di Sabah pulih sepenuhnya dengan kumpulan terakhir enam mangsa daripada tiga keluarga di daerah Paitan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing Khamis.