KUALA LIPIS: Banjir yang melanda Kuala Lipis pada kali ketiga pada 1 Januari lalu menenggelamkan beberapa kawasan perkampungan bersebelahan Sungai Lipis.
Ketika ini air banjirnya sudah surut, namun ia memberi kesan yang mendalam kepada penduduk.
Astro AWANI ke Kampung Binjai, antara kawasan terjejas teruk akibat gelombang kedua banjir di kawasan berkenaan.
Tinjauan mendapati, ada penduduk yang mengambil keputusan berlindung dalam stor dan mendirikan khemah di lereng bukit, semata-mata untuk mengelakkan tragedi jika berlaku gelombang ketiga banjir.
Menurut Rohana Abdul Razak, 55, keputusan tinggal sementara di stor dan khemah di kawasan tinggi berhampiran rumahnya itu terpaksa dibuat demi keselamatan keluarga, walau mengakui ia jauh dari selesa.
Stor kecil jadi rumah
Stor kecil yang sebelum ini dibina untuk menyimpan barangan, kini menjadi tempat berteduh tujuh ahli keluarganya termasuk suami, anak, menantu dan dua cucu.
"Pada awal Januari 2021 lalu, air naik sampai ke bumbung, (banjir) yang baru ini pada 18 Disember lalu sampai bumbung juga. Jadi pada 1 Januari 2022 kami nekad pindah naik ke atas (lereng bukit).
"Kami sebenarnya dah turun ke rumah selepas banjir surut, tapi banjir gelombang kedua pula datang... jadi kami terpaksa berpindah semula ke atas," jelasnya.
Bukan tidak mahu berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS), namun jelas Rohana, kekangan difikirkannya adalah kerana dua cucu masih kecil.
"Kami diminta pindah ke PPS, tapi kami anak kecil umur dua hingga enam tahun... sebab nak bawak budak-budak susah... jadi terpaksa menginap di sini.
"Memang tak selesa, saya duduk dua minggu badan terasa gatal-gatal, tak selesa. Sebab pindah waktu hujan, semua basah termasuk tilam pun basah (masa berpindah)," katanya lagi.
Berdoa tiada gelombang ketiga
Tambah Rohana, banjir yang melanda kampung itu pada 18 Disember lalu memberi kesan emosi kepada mereka.
Setiap kali hujan, dia berasa takut dan cemas memikirkan kemungkinan berlaku lagi gelombang ketiga.
"Perasaan itu berdebar-debar, kalau hujan masuk hari ketiga memang kami dah siap sedia berkemas. Bak kata orang tua, duduk tak panas punggung sebab risau dengan cucu dan barangan keperluan kita lagi, siapa nak menolong kita," katanya.
Nak berpindah perlukan modal tinggi
Sama ada kediamannya selamat atau tidak, ujar Rohana, dia hanya mampu berserah kepada Allah.
"Jika mahu berpindah ke kawasan lain (selepas ini), sudah banyak modal dikeluarkan untuk membina rumah di tanah pusaka.
"Kalau ada peruntukan kerajaan beri bantuan kepada kami, boleh kami bina untuk penempatan baru, bolehla bina rumah itu kalau ada tempatnya," katanya.
Kembali ke rumah jika cuaca baik
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, rumahnya terletak di kawasan rendah, menjadi faktor berlakunya banjir saban tahun.
Bagi Rohana, dia hanya akan berpindah kembali ke rumahnya, selepas cuaca di daerah itu kembali cerah.
"Kami rasa nak pindah ke bawah (rumah) dalam dua minggu lagi, selagi tak habis gelombang ini kami takkan turun. Kalau nak mandi baru turun ke bawah sekejap, takut juga kalau naik air nanti kena bawa lari kain baju lagi.
"Memang cadangnya duduk di stor sementara, kalau ikut ramalan cuaca sampai 6 Januari kemudian sampai Februari cuaca buruk lagi, memang terpaksa tinggal di sini," katanya lagi.
Realitinya ketika ini ujar Rohana lagi, dia sudah penat mengemas rumahnya yang terjejas akibat banjir.
"Baru enam hari air banjir gelombang pertama surut, sudah dibadai gelombang kedua," katanya.
Di Kampung Binjai, kira-kira 41 rumah ditenggelami air sejak 18 Disember lalu.
Kawasan itu antara lokasi pertama gelombang kedua melanda di Pahang sejak Sabtu lalu.
Fareez Azman
Tue Jan 04 2022
Rohana berkata keputusan tinggal sementara di stor dan khemah di kawasan tinggi berhampiran rumahnya itu terpaksa dibuat demi keselamatan keluarga. - Gambar/ Astro AWANI
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
Banjir di Pahang masih terkawal - MB
Keadaan banjir di Pahang masih terkawal buat masa ini dibantu oleh persediaan rapi kerajaan negeri dan semua agensi terlibat, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat
Rakaman video aksi seorang pekerja pembersihan yang sanggup menyelam dalam air kotor dan menjijikkan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan longkang tersumbat menyentuh perasaan banyak pihak.
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
Mangsa banjir meningkat di Pahang
Menurut Jabatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, lima daerah yang terjejas akibat banjir ialah Rompin, Maran, Raub, Pekan dan Jerantut.
Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.
Banjir Pahang: Bilangan mangsa bertambah, paras sungai utama tunjuk trend peningkatan
Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 97 orang petang ini, berbanding tujuh orang pagi tadi, dengan paras beberapa sungai utama menunjukkan trend peningkatan.