PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi, manakala 56 lagi belum beroperasi.


Ringkasan AI
  • Pemulihan stesen pemancar: Sebanyak 267 daripada 323 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir telah kembali beroperasi, manakala 56 lagi masih belum beroperasi.
  • Kesan banjir pada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI): Daripada 91 NADI yang terjejas, 81 telah kembali beroperasi, sementara 10 masih belum beroperasi.
  • Pusat pemindahan sementara (PPS): Sebanyak 120 PPS masih beroperasi, dengan 23 daripadanya telah dipasang wifi percuma oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Beliau berkata sebanyak 323 stesen pemancar komunikasi terjejas akibat banjir di empat negeri setakat pagi ini, dengan 264 stesen daripadanya di Kelantan, Terengganu (49), Pahang (9) dan satu stesen di Johor.

Fahmi berkata banjir juga telah menjejaskan 91 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), namun daripada jumlah itu 81 telah kembali beroperasi manakala 10 lagi belum beroperasi.

323 stesen pemancar komunikasi terjejas akibat banjir setakat ini


Beliau berkata sebanyak 120 pusat pemindahan sementara (PPS) pula masih beroperasi setakat 9 pagi tadi.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa 23 PPS telah dipasang dengan wifi percuma dan masa yang sama MCMC terus berada pada tahap kesiapsiagaan untuk memastikan sekiranya berlaku insiden seperti banjir selepas ini, maka isu telekomunikasi dapat ditangani dengan segera," katanya dalam sidang media di sini hari ini.