KUANTAN:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan terdapat 199 gangguan perkhidmatan telekomunikasi di Pahang akibat banjir yang berlaku sejak Ahad lalu, dengan 78 daripadanya berjaya dipulihkan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kawasan yang paling banyak terjejas ialah Jerantut dengan 41 gangguan, dan pada masa ini kerja pemulihan sedang giat dilakukan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang berkenaan.
"Majoriti masalah ini disebabkan terputus bekalan elektrik kerana Tenaga Nasional Berhad sudah pasti mempunyai prosedur operasi standard sendiri apabila banjir berlaku demi keselamatan orang ramai," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan baucar bernilai RM150 daripada Tabung Bencana NSTP-Media Prima kepada 70 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Balai Raya Kampung Tiram.
Menurutnya, usaha baik pulih itu dipantau oleh MCMC, serta menambah gangguan telekomunikasi turut berlaku di kawasan lain yang terjejas oleh banjir.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata tempoh pemulihan mengambil masa kerana pasukan teknikal tidak dapat ke menara pemancar disebabkan laluan ke situ ditenggelami air.
"Selain itu, ada juga kawasan menara dinaiki air selain hujan yang belum berhenti juga menyukarkan pasukan teknikal melakukan tugas dan ada juga gangguan ini berlaku di pemancar yang terletak di kawasan terpencil.
"Bagaimanapun, pasukan teknikal sedang mencuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera dan mereka juga boleh dianggap sebagai antara petugas barisan hadapan dalam kita berdepan situasi banjir," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah MCMC Pahang Zahari Ismail dan Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima Berhad Zasman Asna.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021
Saifuddin berkata tempoh pemulihan mengambil masa kerana pasukan teknikal tidak dapat ke menara pemancar disebabkan laluan ke situ ditenggelami air. - Bernama
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Polis, penyokong Imran Khan bertempur dalam protes di Islamabad
Dalam pertempuran dengan polis malam tadi, media tempatan melaporkan beberapa orang, termasuk adik perempuan Imran, ditahan.
Warga emas rugi RM108,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi Ats-Pro dan diberikan kredit wang berjumlah RM6,000 untuk membeli satu unit saham.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.
Reformasi Pendidikan: Ini cadangan dikemukakan Perikatan Nasional
Masanya telah tiba untuk kita memperbaharui dan meningkatkan iltizam untuk memperkasa penghayatan budaya ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara yang berteraskan ilmu.
Syed Saddiq tak menyesal mansuh PLKN
Beliau turut mendakwa, program berkenaan hanya digunakan sebagai alat politik dan bersifat etnosentrik.