Sebanyak 14 sekolah rendah di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri ditutup esok akibat banjir.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mejar Ismail Mahedin hari ini berkata penutupan sekolah berkenaan melibatkan 1,232 murid.
Sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Balai, SK Kuala Sigu, SK Genaan, SK Bukit Mawang, SK Kuala Binyo, SK Long Sobeng, SK Kuala Bok, SK Long Luyang, SK Ulu Segan, SK Sg Anak, SK St Dunstan, SK St Swithun, SK Long Jegan dan SK Long Teran Kanan, katanya di sini, malam ini.
Sebanyak lapan sekolah iaitu SK Ng Penyarai, SK Sungai Bong, SK Pengarah Enteri, SK Long Teru, SK Sungai Seputi, SK Sungai Kelabit, SK Kampung Bulau dan SK Rumah Ranggong masih dibuka walaupun terjejas akibat banjir.
Setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka atau penduduk dipindahkan. -- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2017
![Banjir: 14 sekolah ditutup di Sarawak Banjir: 14 sekolah ditutup di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/71483780923_950x600.jpg)
Sebanyak 14 sekolah rendah di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri ditutup esok akibat banjir. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Banjir: 14 sekolah ditutup di Sarawak Banjir: 14 sekolah ditutup di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/71483780923_950x600.jpg)
Banjir: 14 sekolah ditutup di Sarawak
JPBNS dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mejar Ismail Mahedin hari ini berkata penutupan sekolah berkenaan melibatkan 1,232 murid.