Malaysia menawarkan tanah seluas kira-kira 16 hektar di Putrajaya bagi membina bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, perkara itu diputuskan dalam perbincangan dengan pembantu kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan pembantu Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman yang mengunjungi kediamannya malam tadi.
"Pembinaan KSCIP di Putrajaya ini melambangkan betapa pentingnya institusi berkenaan dan Putera Mahkota Arab Saudi sendiri akan datang ke Malaysia bagi melancarkan pusat itu bersama-sama saya.
"Ini antara kejayaan kita kerana Raja Salman boleh memilih negara lain untuk membina pusat berkenaan tetapi baginda yang merupakan penjaga kepada dua kota suci orang Islam tetap memilih negara ini," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini.
KSCIP yang beribu pejabat di Kuala Lumpur memulakan operasi Mei lalu bagi tujuan pengumpulan ilmuan, pakar risikan, selain tenaga kerja Kementerian Pertahanan di rantau ini, dalam usaha menangani isu ekstremisme dan keganasan melampau.
Pusat itu yang diilhamkan oleh Raja Salman semasa lawatan baginda ke negara ini, beroperasi secara sementara di ibu negara sebelum mempunyai kompleksnya yang tersendiri.
Dalam ucapannya, Najib meminta rakyat agar tidak gusar dan musykil dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kerana ia dilakukan untuk kebaikan mereka dan negara ini.
"Apa yang kita lakukan bukan hanya mendapat sambutan tetapi juga memperoleh sanjungan dan pengiktirafan daripada negara lain termasuk kerajaan Arab Saudi sendiri.
"Sebab itulah tidak benar kalau pembangkang kata negara ini sebuah negara gagal dan perlu diselamatkan. Sebenarnya kita telah selamat dan berjaya serta dapat pengiktirafan daripada negara luar.
"Malah orang yang kata negara perlu diselamatkan... yang dulunya pemimpin kita pun tidak pernah mendapat sanjungan sebegini daripada negara berkenaan. Jadi tidak perlulah nak selamatkan Malaysia," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri turut mengesahkan kuota haji tambahan yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia dikekalkan manakala rundingan tentang pembinaan dua kompleks Tabung Haji di Makkah dan Madinah masih dijalankan.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata jika kompleks terbabit dibina, ia akan mengurangkan kos umat Islam negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada masa depan.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion dalam melaksanakan lima pakej bantuan Aidilfitri sepanjang bulan Ramadan yang memanfaatkan 9.6 juta rakyat.
"Antara bantuan yang diberikan ialah bantuan beras kepada penjawat awam dan pesara, pemberian dividen kepada pekebun kecil, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua kepada tujuh juta penerima dan juga pembayaran insentif raya.
"Inilah usaha kita yang bukan hanya mementingkan pembangunan fizikal tetapi kesejahteraan dan kebajikan rakyat pun kita jaga. Kalau dahulu orang kata bantuan kerajaan hanya di luar rumah, sekarang ini sampai ke dapur pun kita berikan bantuan," katanya.
Najib juga menempelak pembangkang yang memainkan sentimen Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal, kerana kata beliau kerajaan telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan pembangunan Malaysia berada pada landasan yang tepat.
Sebagai bukti, Perdana Menteri merujuk pada kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama tahun ini dan eksport Malaysia yang melonjak kepada RM80 bilion yang merupakan sejarah baharu negara selain harga minyak negara yang merupakan ke-10 paling murah di dunia.
“Jadi kita mestilah melahirkan kesyukuran dan jika kita terus memberikan sokongan serta dorongan kepada kerajaan yang ada hari ini, saya yakin kita boleh menempa masa depan yang lebih cemerlang untuk negara kita," katanya.
Astro Awani
Sun Jul 09 2017
![Bangunan kekal KSCIP bakal dibina di Putrajaya Bangunan kekal KSCIP bakal dibina di Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51499588187_NajibTunRazak.jpg)
Datuk Seri Najib Razak dan isteri ceria melayan tetamu yang hadir pada Jamuan Aidilfitri Parlimen Pekan 2017 di Taman Tasik Sultan Abu Bakar hari ini. --fotoBERNAMA
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Bangunan kekal KSCIP bakal dibina di Putrajaya Bangunan kekal KSCIP bakal dibina di Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51499588187_NajibTunRazak.jpg)
Bangunan kekal KSCIP bakal dibina di Putrajaya
Perkara itu diputuskan dalam perbincangan dengan pembantu kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan pembantu Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman yang mengunjungi kediamannya.