REMBAU: Kira-kira 10 bilik asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Datuk Haji Abu Hassan Hj Sail, Pedas, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu, turut melibatkan bahagian bumbung dan dinding sebuah kelas di blok bersebelahan.
Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Arif Ahmad Osasi berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
“Kebakaran melibatkan lebih kurang 10 bilik bangunan sekolah asrama lelaki di tingkat tiga yang berkeluasan 40 X 200 kaki persegi musnah terbakar 80 peratus.
“Bagaimanapun tiada penghuni di asrama tersebut. Bahagian bumbung dan dinding bangunan bilik kelas di blok C turut musnah kira-kira satu peratus dan api sempat dipadamkan oleh guru sekolah tersebut menggunakan tiga alat pemadam api,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1.18 tengah hari sebelum empat jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Kota dan Senawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Api berjaya dikawal pada jam 2.32 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan,”katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jul 31 2022
Kebakaran melibatkan lebih kurang 10 bilik bangunan sekolah asrama lelaki di tingkat tiga. - Gambar/ FB Alumni SMKA Pedas
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bangunan asrama SMKA di Pedas musnah terbakar
Kira-kira 10 bilik asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Datuk Haji Abu Hassan Hj Sail Pedas, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.