KUALA LUMPUR: Seorang warga emas ditemui melecur pada tangan dan badan dalam sebuah banglo yang terbakar di Taman Duta, di sini pada Isnin.
Komander Operasi Kanan, Mohd Hafizan Hassan berkata, pihaknya di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 4.02 petang.
Menurutnya, seramai 38 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Titiwangsa dan BBP Taman Tun Dr Ismail bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati seorang mangsa lelaki berumur 83 tahun mengalami kecederaan melecur 10 peratus di bahagian tangan dan badan.
“Kebakaran sebanyak 80 peratus membabitkan sebuah rumah banglo dua tingkat dan empat buah kenderaan jenis Toyota Camry, Toyata Hilux, Mercedes Benz dan Van Mitsubishi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Mohd Hafizan berkata, operasi pemadaman kebakaran dapat dikawal pada jam 5.01 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Berita asal: Banglo terbakar, warga emas melecur
Sinar Harian
Tue Apr 27 2021

Operasi pemadaman kebakaran dilakukan menggunakan teknik 'attacking' dan 'defensive fire figthing' di sebelah kiri dan kanan rumah untuk mengawal api daripada merebak. -Foto Bomba KL

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar
Tiga sekeluarga cedera dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran sebuah banglo dua tingkat di Taman Dinding, Ayer Tawar, Beruas, hari ini.

Banglo terbakar, warga emas nyaris maut
Kebakaran turut membabitkan empat buah kenderaan jenis Toyota Camry, Toyata Hilux, Mercedes Benz dan Van Mitsubishi.