Bangkai pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor di sini pada 14 Oktober lepas dijangka akan dikeluarkan dari dasar sungai berkenaan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu lagi.
Pengerusi Aerodrome Sungai Rambai Datuk Hassan Abd Rahman berkata usaha mengeluarkan bangkai pesawat tersebut mengambil masa disebabkan beberapa faktor teknikal yang perlu diambil kira termasuk tidak mahu menggangu siasatan pihak berkuasa terlibat.
"Bangkai pesawat itu akan dikeluarkan seberapa segera dengan kerjasama beberapa pihak seperti polis, bomba dan juga Jabatan Penerbangan Awam.
"Kita juga tidak mahu bangkai pesawat ini mencemar atau mengganggu ekosistem sungai tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majis Rumah Terbuka Deepavali Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO Datuk M.S Mahadevan di sini, hari ini.
Hassan berkata kos mengeluarkan bangkai pesawat berkenaan akan ditanggung sepenuhnya keluarga juruterbang yang maut dalam nahas itu kerana pesawat berkenaan merupakan milik mangsa.
Katanya pesawat yang diterbangkan Yee Yoon Fah, 54, itu sebelum nahas diberi kebenaran parkir di Aerodrome Sungai Rambai.
Pada Sabtu lepas, Yee maut selepas pesawat yang dipandunya itu terhempas ketika membuat penerbangan dari Aerodrome Sungai Rambai kira-kira 10.30 pagi manakala rakannya Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am cedera di muka dan badan.
Pesawat berkenaan terhempas pada jarak kira-kira 200 meter dari landasan aerodrome berkenaan dipercayai kerana mengalami masalah teknikal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2017

Bangkai pesawat terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu. - Foto Astro AWANI.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Bangkai pesawat terhempas dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu
Bangkai pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sini dijangka dikeluarkan dari dasar sungai berkenaan selewat-lewatnya dua minggu lagi..