KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) dan PETRONAS menjalankan Bancian Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) bermula 6 Jun.
Ia melibatkan 3,582 pertubuhan bagi mengukur prestasi dan mengenal pasti keperluan holistik supaya dasar yang sesuai dapat dibentuk, seterusnya meningkatkan kualiti indikator OGSE.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin pertubuhan yang tersenarai terdiri daripada 2,074 sektor Perkhidmatan, 977 sektor Pembinaan, 274 sektor Perlombongan dan Pengkuarian serta baki 257 di sektor Pembuatan.
“Jika dilihat kepada taburan mengikut negeri, Banci OGSE pada kali ini melibatkan kesemua negeri di Malaysia dengan lima negeri tertinggi adalah Selangor iaitu sebanyak 1,162 pertubuhan (32.4 peratus).
“Diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 749 pertubuhan (20.9 peratus), Sarawak sebanyak 457 pertubuhan (12.8 peratus), Terengganu 456 pertubuhan (12.7 peratus) dan Johor dengan 213 pertubuhan (5.9 peratus),” katanya ketika Majlis Pelancaran Banci OGSE 2024 di ibu negara pada Khamis.
Bancian tersebut akan diadakan melalui dua fasa iaitu fasa pengumpulan data di lapangan dan fasa pemprosesan data.
Data tersebut bukan sahaja dapat memperkukuhkan keupayaan syarikat tempatan dalam menyediakan rangkaian perkhidmatan dan peralatan kepada industri huluan minyak dan gas, malah mendorong kepada pembangunan industri OGSE yang lebih kompetitif di peringkat global.
“Pihak DOSM berharap agar banci OGSE 2024 akan membawa kepada pemahaman yang lebih baik tentang dinamik industri ini yang memungkinkan kita semua untuk mengenal pasti peluang pertumbuhan baharu serta mengatasi cabaran yang ada,” tambahnya.
Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Ekomi, Rafizi Ramli bagi menyempurnakan gimik pelancaran.
Rafizi berkata, pada ketika ini trajektori global indusri OGSE adalah jauh lebih positif berbanding pada enam tahun lepas yang lalu.
"Saya berpandangan itulah realisasi di dunia, bukan sahaja di Malaysia, bahawa kita sedang menyaksikan pengurangan secara beransur-ansur dan bukannya menghentikan bahan api fosil dengan mendadak.
"Oleh yang demikian, minyak mentah dan gas juga akan mengalami keadaan itu,” jelasnya.
Sementara itu, pada majlis yang sama turut berlangsung forum bagi membincangkan topik berkaitan memperkukuh daya tahan industri ogse oleh beberapa panel jemputan.
Amzar Alif
Fri Jun 07 2024
Mohd Uzir (dua, kiri) bersama Rafizi (tiga, kiri) pada Majlis Pelancaran Bancian OGSE 2024 di ibu negara pada Khamis. -Gambar ihsan DOSM
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Feb.
Abg Yahya rangkul emas kedua pada Boling Para Dunia di Hong Kong
Pemain boling para kebangsaan Abg Yahya Abg Azhar mencuri tumpuan dengan meraih pingat emas kedua dalam Kejohanan Boling Dunia Para IBF 2025 di Hong Kong.
JKN Perak rampas steroid anabolik, produk kosmetik bernilai RM2.06 juta
Operasi berkenaan dijalankan terhadap enam premis di sekitar Perak dan dipercayai ia dijadikan sebagai stor simpanan bagi semua produk tidak sah itu.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.
WEF 2025: Sesi Perdana Menteri bersama Pengerusi Eksekutif WEF
Ikuti sesi perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Sedunia (WEF) Prof Klaus Schwab.
Pempengaruh Malaysia ke ASEAN live creators anjuran Tiktok
Dua pencipta kandungan dari Malaysia berjaya ke program ASEAN Live Creators for Change anjuran Yayasan ASEAN dan TikTok.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Semua negara anggota disaran guna zon waktu seragam
Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 kerana ini dapat menyatukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Malaysia bakal anjur sidang kemuncak keselamatan dan kesihatan pekerja ASEAN 2025
Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ASEAN 2025 dari 4 hingga 5 Ogos tahun ini.
Banci OGSE bantu kenal pasti keperluan bagi pembentukan dasar baharu
Ia melibatkan 3,582 pertubuhan bagi mengukur prestasi dan mengenal pasti keperluan holistik supaya dasar yang sesuai dapat dibentuk seterusnya meningkatkan kualiti indikator OGSE.