Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 Julai ini hingga 30 Sept dan 7 Okt hingga 24 Okt, kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Mohd Uzir memaklumkan bahawa melalui fasa pertama yang bermula 7 Julai, kaedah pengumpulan data akan dijalankan secara dalam talian manakala fasa kedua bermula 7 Okt, data dikumpul secara bersemuka.
"Pelaksanaan Banci 2020 yang dirancang pada awalnya akan diadakan pada 7 Julai sehingga 20 Julai bagi operasi di lapangan dan untuk e-Census dan Temu Ramah Melalui Telefon dengan Bantuan Komputer (CATI) pada 20 Jun hingga 9 Julai.
"Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi kesan ke atas kaedah pelaksanaan Banci 2020.
"Namun persediaan Banci 2020 diteruskan dan disesuaikan melalui bekerja dari rumah dan penyesuaian jadual kerja," katanya dalam kenyataan sempena Program 33 Hari Menuju Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 di sini pada Khamis.
Mengenai persediaan DOSM, beliau berkata DOSM bersedia melaksanakan Banci 2020 dengan penyesuaian kaedah Banci 2020 dengan memanfaatkan teknologi dalam pengumpulan data.
"Sistem Online Self-Listing (OSL), e-Census, Computer Assisted Personal Interview (CAPI) dan Computer Assisted Telephone Interview (CATI) akan digunakan.
"Penggunaan Intelligent Character Recognition (ICR) turut dipertimbangkan bagi memastikan pemprosesan data cepat dan berkesan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata Statistics Data Warehouse (StatsDW) juga dibangunkan sebagai usaha memperkukuh sistem tadbir urus statistik mencakupi aspek sebaran, pengarkiban, capaian data mikro dan data agregat yang boleh dimanfaatkan ketika Banci 2020.
Katanya, pelaksanaan Banci 2020 merupakan projek nasional berimpak tinggi dan berskala besar melibatkan di seluruh Malaysia iaitu 32.6 juta penduduk di 9 juta kediaman dengan 8.2 juta isi rumah merangkumi 160 daerah pentadbiran serta 99,356 blok penghitungan.
Mohd Uzir berkata seramai 11,667 tenaga kerja digunakan bagi menjayakan Banci 2020 yang terdiri daripada 1,381 Pegawai Banci, 14,581 Penyelia, 99,356 Pembanci dan 349 Ahli Jawatankuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 04 2020
Mohd Uzir berkata seramai 11,667 tenaga kerja digunakan bagi menjayakan Banci 2020. - Bernama
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur IPT, AI antara fokus KPT
Pembangunan infrastruktur di institut pengajian tinggi dan program pengantarabangsaan universiti antara fokus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Belanjawan 2025.
KLTA dalam proses wujud garis panduan standard pelancongan menjelang TMM 2026
KLTA sedang dalam proses mewujudkan garis panduan mengenai standard pelancongan bagi pemain industri sektor itu dalam menguruskan aktiviti perniagaan mereka menjelang TMM 2026.
LKIM kaji semula keluasan kawasan PNK
LKIM akan mengkaji semula persempadanan kawasan PNK sebagai usaha menambah baik pengurusan dan penyampaian perkhidmatan setiap PNK kepada nelayan.
GLIC tegaskan komitmen sokong kerangka Ekonomi MADANI, pacu pertumbuhan
GLIC komited menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.
Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 akan diadakan pada Jun tahun depan
Forum Ekonomi Wanita (WEF) ASEAN 2025 yang akan dijadualkan berlangsung dari 19-21 Jun, 2025 bertujuan menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Britain negara pertama bakal tamatkan pengeluaran arang batu
Britain bakal menjadi negara G7 pertama yang akan menamatkan pengeluaran tenaga arang batu pada Isnin dengan penutupan loji terakhirnya, Uniper's Ratcliffe On Soar di Midlands, England.
SpaceX selamat mendarat di ISS bawa pulang angkasawan terperangkap
Anak kapal SpaceX yang menjalankan misi bagi membawa pulang dua angkasawan terperangkap di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Februari, dilaporkan sudah selamat berada di makmal orbit, semalam.
Jepun bakal adakan PRU pada Oktober
Bakal Perdana Menteri baharu Jepun, Shigeru Ishiba pada Isnin,menyatakan hasratnya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum pada Oktober.
Ketua polis daerah di Seoul dipenjara 3 tahun
Bekas ketua polis daerah di Seoul dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh mahkamah, selepas didapati bersalah dalam insiden rempuhan ketika sambutan perayaan Halloween sehingga mengorbankan lebih 150 orang, dua tahun lalu.
557 daripada 1,065 mukim capai kategori menua, Kerling tertinggi - DOSM
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Mukim Kerling di Selangor mencatatkan penduduk tertinggi bagi umur 65 tahun dan lebih dengan 25.2 peratus.
KDNK negeri Johor meningkat 2.4 peratus, berada di landasan pemulihan - Ketua Perangkawan
Ekonomi negeri Johor kini berada pada landasan pemulihan berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi negeri terbabit mencatatkan nilai RM131.1 bilion pada tahun lalu.
Penerbitan Subnasional DUN bantu ADUN rancang strategi tingkat ekonomi penduduk - Mustapa
Ia sebagai rujukan kepada ADUN mengenai maklumat Banci 2020 dari peringkat nasional sehingga kawasan terkecil.
COVID-19: Gelandangan meningkat di Sao Paulo akibat pandemik
Dapatan banci menunjukkan sekurang-kurangnya 31,884 tinggal di jalanan di bandar Sao Paulo.
Banci 2020: 330 petugas dijangkiti COVID-19, beberapa meninggal dunia
Lebih 300 petugas Banci Malaysia 2020 dijangkiti COVID-19 dengan beberapa dalam kalangan mereka meninggal dunia sepanjang tempoh operasi pembancian.
Aktiviti bancian gelandangan di Kuala Lumpur pada 27 Oktober ini - DOSM
DOSM mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksanakan Banci Malaysia 2020 secara bersemuka dan Drop Off and Pick Up.
Lebih 68 peratus penduduk Malaysia telah dibanci
Seramai 22.5 juta atau 68.8 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia telah dibanci menerusi Operasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020).
Pasangan di China akan dibenar mempunyai tiga anak
China bakal melonggarkan dasar perancangan keluarga daripada dua kepada tiga anak bagi setiap keluarga.
55.1 peratus penduduk Malaysia telah dibanci setakat ini
Seramai 18 juta atau 55.1 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat 5 Mei lepas.
17.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci
Seramai 17.7 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat semalam.