Sebanyak 22 buah rumah di Baling rosak selepas dipukul ribut yang melanda lima mukim di daerah terbabit pada Ahad.
Dalam kejadian itu kesemua rumah rosak teruk di bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang selain banyak peralatan dan perabut musnah selepas ditimpa pokok tumbang.
Menurut pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak, kejadian ribut tersebut berlaku selama satu jam bermula jam tiga petang disusuli hujan lebat.
Jelasnya, kejadian ribut kuat yang melanda daerah Baling ini adalah kali yang keempat berlaku dalam masa dua minggu sejak awal September lalu.
Tambah Shamsul, kawasan yang paling terjejas teruk dalam kejadian kali ini adalah Mukim Siong, melibatkan lapan rumah diikuti Mukim Pulai (tujuh), Mukim Bongor (tiga), Mukim Kupang (tiga) dan Mukim Teloi Kanan (satu).
Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Bechah Sawa, Kampung Charok Bunting, Kampung Padang Che Mas, Kampung Bandar, Rambut Bukit Puyuh, Kampung Besah dan kampung Charok Sik.
Selain itu, terdapat sebuah rumah yang didiami Orang Kelainan Upaya (OKU) turut terjejas selepas bumbung di bahagian dapur rumahnya diterbangkan angin.
Walau bagaimanapun, jelas Shamsul, tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.
Tegasnya, sehingga jam 11 pagi tadi pihak JKM Baling telah melakukan lawatan ke kesemua rumah yang terlibat dan menyalurkan bantuan segera berjumlah RM300 secara "one-off" beserta bungkusan makanan kepada mangsa.
Abdul Hadi Che Awang
Mon Sep 16 2019
![Baling dipukul ribut lagi, 22 rumah alami kerosakan Baling dipukul ribut lagi, 22 rumah alami kerosakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51568618506_ributbaling.jpg)
JKM Baling telah melakukan lawatan ke kesemua rumah yang terlibat dan menyalurkan bantuan segera berjumlah RM300 secara "one-off" beserta bungkusan makanan. - Foto Astro AWANI
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
Denda terhadap syarikat ADSSB lewat bekal Black Hawk
Adly berkata, pihak ADSSB juga turut telah memohon tuntutan lanjutan masa kedua kepada pihak kementerian.
![Ribut di Terengganu: Kerajaan negeri akan bantu mangsa terjejas Ribut di Terengganu: Kerajaan negeri akan bantu mangsa terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625605859_RIBUTDITERENGGANU.jpg)
Ribut di Terengganu: Kerajaan negeri akan bantu mangsa terjejas
Buat masa ini semua ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), telah diarah membuat pemantauan awal di lokasi kejadian.
![56 rumah rosak akibat ribut di Seremban 56 rumah rosak akibat ribut di Seremban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605476977_TBTINJAUANCUACASER.jpg)
56 rumah rosak akibat ribut di Seremban
Penilaian kerosakan sedang dilakukan oleh pihak berwajib dan kerja-kerja pembaikan dijangka dilaksanakan hari ini.
![Baling dipukul ribut lagi, 22 rumah alami kerosakan Baling dipukul ribut lagi, 22 rumah alami kerosakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51568618506_ributbaling.jpg)
Baling dipukul ribut lagi, 22 rumah alami kerosakan
Sebanyak 22 buah rumah di Baling rosak selepas dipukul ribut yang melanda lima mukim di daerah terbabit sekitar jam tiga hingga empat petang pada Ahad.