KUALA LUMPUR: Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Selasa depan, umat Islam khususnya yang mencari rezeki dan menetap di ibu negara semakin beransur-ansur meninggalkan Kuala Lumpur untuk kembali ke kampung halaman.
Ketika kota metropolitan itu semakin lengang, suasana yang berbeza pula dilihat berlaku di lebuh raya-lebuh raya utama yang menghubungkan ibu negara dengan negeri-negeri di utara, selatan dan pantai timur.
Seperti yang dijangkakan, aliran trafik di lebuh raya mencapai puncak kesesakan berikutan cuti hujung minggu dan hari kelepasan am bermula hari ini.
Tinjauan Astro AWANI melalui udara dengang menaiki pesawat EC135 Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota.
Tumpuan tentu sekali diarahkan ke Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak selepas Plaza Tol Gombak arah utara yang sesak menyebabkan kenderaan bergerak perlahan.
Dianggarkan berlaku kesesakan lebih 21 kilometer sehingga Bukit Tinggi.
Kesesakan trafik juga berlanjutan dari Bukit Tinggi sehingga ke Lentang.
Sementara itu, tinjauan krew Astro AWANI di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pula mendapati aliran trafik yang perlahan hanya berlaku di beberapa kawasan sahaja.
Antaranya dari arah Senawang ke Pedas Linggi sehingga ke Alor Gajah.
Bagaimanapun aliran trafik kembali lancar selepas Ayer Keroh menuju Tangkak.
Daripada tinjauan yang sama juga, terdapat satu kemalangan berlaku melibatkan dua buah kenderaan di KM 228 berhampiran Senawang.
Tinjauan Astro AWANI di bahagian utara Semenanjung pula mendapati trafik sesak sepanjang 60 kilometer bermula dari Slim River menuju Sungkai, Gopeng, Ipoh (Utara) ke Kuala Kangsar dan Kuala Kangsar ke Changkat Jering.
Bahkan, semakin menuju ke utara tanah air, beberapa kawasan sepanjang lebuh raya di negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang menyaksikan pertambahan kenderaan.
Manakala di Plaza Tol Jalan Duta dan Sungai Besi pula, aliran trafik juga didapati lancar di kedua-dua arah.
Sementara itu, Pegawai Pemantau Udara Op Selamat Zon Selatan, Asisten Superintendan Juliana Jamak berkata, pemantuan secara berkala yang dibuat oleh PGU setiap hari melibatkan empat pasukan di Zon Utara, Selatan dan Zon Tengah terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri.
"Untuk pemantauan udara, kita ada empat pasukan iaitu di Zon Utara, Selatan dan Zon Tengah dimana kita akan terbang pada waktu pagi, petang dan malam.
"Setiap pasukan diketuai satu pegawai dan dua anggota untuk merakamkan gambar kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya," katanya kepada Astro AWANI.
Bagi pengguna lebuh raya yang masih lagi belum meninggalkan ibu kota, Juliana menasihati mereka agar merancang perjalanan mengikut jadual seperti dikeluarkan pihak konsesi lebuh raya sebelum ini.
Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan meninggalkan Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk pulang menyambut lebaran di kampung masing-masing bermula semalam (Jumaat).
Fareez Azman
Sat Apr 30 2022

Tinjauan dari udara di Plaza Tol Gombak arah utara menyaksikan kesesakan luar biasa berlaku ekoran pertambahan kenderaan. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Banjir: Tindakan pantas PGU selamatkan nyawa pesakit jantung di Pasir Mas
Tindakan pantas Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelamatkan nyawa seorang mangsa banjir yang mengalami komplikasi jantung di kawasan terjejas teruk di Rantau Panjang,

9 dirakam keterangan kes bahan api hilang di pangkalan udara PGU PDRM
Polis telah merakam percakapan sembilan saksi bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api jenis kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara, Subang.

Empat inspektor catat sejarah jadi kumpulan pertama juruterbang wanita PDRM
Empat inspektor mencatat sejarah apabila menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak unit itu ditubuhkan pada tahun 1979.

Lima vesel penangkapan ikan ditahan, rampasan bernilai RM2.5 juta
Lima vesel penangkapan ikan tempatan ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan Jabatan Perikanan dan PGU PDRM di beberapa kawasan perairan negara.

Balik kampung: Lebuh raya mula sesak, semakin ramai warga kota tinggalkan Kuala Lumpur
Aliran trafik di lebuh raya utara, pantai timur dan selatan sesak ekoran warga kota pulang ke kampung halaman bermula hari ini untuk meraikan lebaran.