IPOH: Balai Seni Negara memerlukan lebih banyak pengisian seni yang mampu merancakkan lagi sektor pelancongan dalam negara.
Ketua Pengarahnya, Amerrudin Ahmad berkata justeru ketika ini pihaknya sedang mencari lebih ramai rakan kerjasama atau pihak yang mampu mengenal pasti para penggiat seni tanah air yang boleh diketengahkan lagi.
Menurut beliau Balai Seni Negara juga mahu semua karya seni yang dihasilkan mampu menjana pendapatan kepada pengkaryanya.
Katanya usaha berkenaan selari dengan tumpuan Balai Seni Negara di bawah segmen Ekspresi Artistik iaitu Kreatif Ekonomi.
“Balai Seni Negara di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini kita memerlukan pengisian-pengisian untuk sektor pelancongan.
“Pelancong datang nak bawa balik apa, dan hendak merasai pengalaman. Jadi di sini peranan kita dalam sektor budaya dan seni ini, untuk membuat pengisian-pengisian itu supaya secara tidak langsung,kita akan menggerakkan ekonomi melalui pengisian seni dan budaya ni.
“Salah satunya inilah melalui seni cetak. Seni ini adalah satu salah satu medium yang paling merakyatkan yang mana semua orang boleh guna, semua orang boleh pakai dan hasilkan seni cetakan ini. Malah orang ramai juga boleh membelinya.
“Misalnya di Perak ini pula merupakan salah satu negeri yang kerap menjadi salah satu tumpuan pelancong.
“Di sini ada banyak rumah tumpangan, tempat-tempat penginapan, hotel dan sebagainya. Jadi saya berpandangan ruang-ruang di dalam premis berkenaan juga patut dihiasi dengan khazanah seni seperti itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pameran Seni ‘Permulaan’ oleh Kumpulan Seni Blok 22 di pekarangan People Of Remarkable Talents (PORT) Ipoh pada Isnin.
Ia dirasmikan Ahli Lembaga Pengarah PORT merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Hadir sama, Pengurus Besar Port, Nur Hanim Khairuddin.
Pameran Seni Cetak itu memaparkan 23 karya seni oleh 12 peserta yang telah menjalani beberapa siri bengkel Seni Cetakkan oleh sebuah kolektif seniman, CHETAK 17, pada bulan ini di PORT.
Pameran anjuran PORT dan Blok 22 selain disokong Balai Seni Negara itu berlangsung Black House PORT dekat sini, bermula 18 sehingga 31 Julai.
Dalam pada itu, Amerrudin berkata Balai Seni Negara turut menggalakkan perkembangan aktiviti-aktiviti seni berkaitan di luar Kuala Lumpur melalui Tabung Bantuan Seni.
Katanya, inisiatif yang telah bermula sejak 2008 itu menyediakan bantuan kewangan khususnya kepada penggiat seni sama ada individu atau berkumpulan sebanyak RM100,000 ke bawah.
“Setakat pada tahun lalu, sekitar 60 permohonan telah diterima Balai Seni Negara. Daripada itu, 48 permohonan telah diluluskan dengan peruntukkan berjumlah RM1.2 juta,” ujar beliau.
Dalam perkembangan sama, Zainol Fadzi memberitahu Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) membuka ruang kepada penggiat-penggiat seni di negeri itu untuk berdaftar dengan agensi berkenaan.
Katanya melalui usaha berkenaan, mereka boleh menerima makluman-makluman semasa berkenaan geran, pinjaman dan program bimbingan yang boleh membantu dari segi keusahawanan dalam bidang yang diceburi.
Amirrul Rabbani
Mon Jul 18 2022

Balai Seni Negara mahu semua karya seni yang dihasilkan mampu menjana pendapatan kepada pengkaryanya. - Gambar hiasan/Ihsan Balai Seni Negara

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Jabatan Kesihatan Kelantan tutup lima premis jual makanan didapati kotor di Tumpat
Jabatan Kesihatan Kelantan mengarahkan lima premis menjual makanan yang tidak memenuhi tahap kebersihan ditetapkan, ditutup selama 14 hari di sekitar Tumpat, semalam.
Cipta sejarah Malaysia Book of Records
Hada Labo mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan paling ramai dalam acara demonstrasi penanggalan solekan.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen pelabur elak risiko
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu.
Dialog ASEAN25: Timor-Leste in ASEAN is it finally time?
On this episode of Dialog ASEAN25, we’ll take a closer look at Timor-Leste’s journey, its challenges, and what full membership would mean for the country and the region. Melisa Idris speaks with His Excellency Lisualdo Gaspar, Timor-Leste Ambassador to Malaysia, and Dr Khoo Ying Hooi, Associate Professor in the Department of International and Strategic Studies at Universiti Malaya and the first Malaysia to be appointed to the International Advisory Council of the Centro Nacional Chega! (CNC).
iSPOC buka peluang ekonomi dalam pelbagai sektor
Kompleks Minyak Sawit Lestari Bersepadu (iSpoc) membuka peluang ekonomi dalam pelbagai sektor selain menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup pekebun kecil.
Yayasan Peneraju perkenal skim pembiayaan, sasar 7,200 bakat Bumiputera
Pengambilan pertama memfokuskan kepada golongan dewasa yang bekerja dan tidak bekerja, dengan sasaran seramai 7,200 pendaftaran.
AWANI Sabah+: Modenisasi pertanian, perkukuh pengeluaran makanan
Selari dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan keterjaminan makanan, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri telah merangka perancangan pembangunan secara am termasuk pengukuhan industri pertanian bagi tujuan hiliran.

COVID-19: Ketika atau selepas PKP, seniman jangan berhenti berkarya - Nizam Rahmat
Nizam berharap seniman tidak berhenti berkarya biarpun pameran fizikal tidak dapat diadakan.

Ahmad Fuad dan Sang Algojo
Benarkah adanya respon atau aduan masyarakat yang diterima pihak Balai Seni Visual mengenai empat karya Ahmad Fuad.

Balai Seni Negara sahkan penurunan karya Ahmad Fuad Osman
Balai Seni Negara berhak menurunkan karya-karya yang menyentuh maruah mana-mana individu, agama, politik, bangsa, adat dan negara.