KUALA LUMPUR: Baki empat daripada 16 warganegara Malaysia yang mendakwa menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja selamat tiba di tanah air pada 4.35 petang semalam, dari Phnom Penh.
Menurut Kementerian Luar, empat individu tersebut tidak dapat menyertai penerbangan pulang 12 yang lain pada 11 April kerana mereka didapati positif COVID-19 sebelum berlepas.
"Mereka dibenarkan pulang ke Malaysia setelah selesai menjalani kuarantin tujuh hari di Kemboja dengan dipantau Kedutaan Besar Malaysia di negara itu," demikian menurut Wisma Putra menerusi catatan di akaun Facebook rasmi, hari ini.
Kementerian Luar merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Kemboja dan kerjasama erat yang diberikan Kedutaan Besar Malaysia di negara itu dalam memudahcara urusan yang berkaitan bagi membolehkan mereka kembali ke tanah air dengan selamat.
Selain itu, Wisma Putra juga menasihatkan warganegara Malaysia supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pekerjaan di luar negara bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam sindiket sedemikian.
Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa bersedia memberikan nasihat sewajarnya berhubung perkara itu serta membantu warganegara Malaysia yang berada dalam kesulitan.
Kejayaan membawa pulang semua rakyat Malaysia itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) adalah hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis Kemboja, Polis ASEAN (Aseanapol) dan Wisma Putra.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
Kumpulan itu dibenarkan pulang ke Malaysia setelah selesai menjalani kuarantin tujuh hari di Kemboja dengan dipantau Kedutaan Besar Malaysia di negara itu. - Facebook Wisma Putra
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Baki empat rakyat Malaysia terpedaya peluang kerja di Kemboja tiba di Malaysia
Empat individu tersebut tidak dapat menyertai penerbangan pulang 12 yang lain pada 11 April kerana mereka didapati positif COVID-19 sebelum berlepas.