Mulai tahun depan, kumpulan yang diistilah oleh Perdana Menteri sebagai M40 iaitu kelompok isi rumah yang berpendapatan antara RM3,860 hingga RM8,320 akan mendapat beberapa insentif dalam bentuk lebihan pendapatan boleh belanja melalui pelepasan cukai tambahan.
"Definisi M40 ini, akan terus Kerajaan perincikan dari masa ke semasa," kata Najib.
Insentif kepada golongan itu termasuklah:
- Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun mulai taksiran 2016 digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000;
- Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000;
- Pelepasan cukai terkumpul kepada anak yang menyara ibu bapa iaitu sebanyak RM1,500 ringgit untuk ibu dan RM1,500 ringgit lagi untuk bapa dengan syarat ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi 2 ribu ringgit sebulan dan berumur 60 tahun ke atas.
- Menaikkan had pelepasan cukai daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian dalam dan luar negara mulai tahun taksiran 2016; dan
- Had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun taksiran 2016 bagi ibu bapa kepada anak-anak Orang Kurang Upaya yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam dan luar negara.
BACA: Teks ucapan penuh Bajet 2016 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' (Bahagian 1)
BACA: Teks ucapan penuh Bajet 2016 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' (Bahagian 2)