KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) mencadangkan pelepasan cukai bagi premium insurans perubatan dan kesihatan dinaikkan di bawah Bajet 2022, kata Presidennya Loh Guat Lan.
Beliau berkata ia boleh dinaikkan dengan salah satu pilihan, iaitu membenarkan pelepasan cukai semasa sebanyak RM8,000 bagi perbelanjaan perubatan untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak bagi penyakit serius diperluaskan dengan memasukkan premium insurans perubatan; atau menaikkan gabungan pelepasan cukai semasa sebanyak RM3,000 (bagi premium insurans perubatan dan kesihatan dan premium bagi insurans pendidikan) kepada RM6,000.
"Rasional di sebalik cadangan ini pertamanya, ia akan mengurangkan bebanan potensi perbelanjaan besar daripada pembayar cukai disebabkan pengumpulan risiko.
"Keduanya, kos perbelanjaan perubatan kebiasaannya meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pembayar cukai menggunakan pendapatan semasa mereka untuk membiayai keperluan perubatan jangka panjang mereka pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Loh berkata kos insurans perubatan bagi purata keluarga dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak adalah kira-kira RM2,500 setahun, yang paling rendah.
Oleh itu, hanya RM500 simpanan bagi premium setahun bagi keluarga ini untuk menyokong polisi pendidikan tiga anak tersebut, yang mana ia tidak mencukupi.
"Memandangkan kepentingan untuk mempunyai insurans kesihatan bagi rakyat Malaysia, pelepasan cukai bagi jenis pelan insurans ini perlu dinaikkan," katanya.
Selain itu, katanya, persatuan itu turut meminta kerajaan menaikkan had pelepasan cukai peribadi semasa daripada RM3,000 kepada RM5,000; pengecualian 6.0 peratus cukai perkhidmatan ke atas Skim Insurans Kakitangan Kumpulan; dan melanjutkan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang (PTV) bagi kumpulan B40 kepada setahun lagi iaitu daripada 2022-2023.
"LIAM ingin mencadangkan cukai perkhidmatan 6.0 peratus ke atas Skim Insurans Kakitangan Kumpulan dihapuskan. Ini akan menggalakkan majikan menginsuranskan kakitangan mereka di bawah skim tersebut dan seterusnya meningkatkan kadar pengambilan insurans pekerja.
"Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, kurang daripada separuh pekerja dilindungi oleh sebarang bentuk insurans kumpulan. Ini meninggalkan jurang insurans yang besar yang perlu dirapatkan, bagi memperluas jaringan keselamatan insurans kepada seramai mungkin rakyat Malaysia,"katanya.
Mengenai cadangan lanjutan Program PTV itu, beliau berkata penerima memerlukan masa untuk belajar dan menerima perlindungan insurans atau takaful sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga.
"Bagi memupuk kebiasaan untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial mereka, premium kedua perlu disubsidikan, terutamanya memandangkan pemulihan daripada COVID-19 masih belum dapat dipastikan.
"Jika tidak, ramai penerima BPR kemungkinan besar akan menghentikan perlindungan mereka dan manfaat jangka panjang daripada program itu akan hilang," katanya.
Beliau berkata dengan adanya produk Perlindungan Tenang penting dalam memberikan bantuan sementara sekiranya berlaku musibah, dapat mengakses sumber kewangan dan memperoleh ketenangan apabila mengetahui bahawa bantuan kewangan tersedia dengan mudah dan tepat pada waktunya.
"Industri berharap dengan melanjutkan insentif itu untuk tempoh setahun lagi, ia akan memberi manfaat kepada majoriti isi rumah B40 di negara ini.
"Oleh itu, sebagai sebahagian daripada aspirasi industri insurans dan takaful, Program PTV diharapkan dapat memenuhi agenda keterangkuman kewangan negara bagi mencapai kadar penembusan insurans yang lebih tinggi dan ketahanan isi rumah dalam kalangan penduduk," tambahnya.
Sebagai kesimpulan, katanya, LIAM berharap senarai harapan Bajet 2022 persatuan itu dapat dilaksanakan dan akan membantu kerajaan dalam mencapai objektif 3R (pemulihan, ketahanan, pembaharuan) - bagi melindungi dan memacu pemulihan hidup dan kehidupan rakyat; membina semula daya tahan ekonomi; dan memangkinkan pembaharuan sosio-ekonomi ke arah mewujudkan ekonomi yang lebih mampan, produktif, dan bernilai tambah tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021
![Bajet 2022: LIAM cadang pelepasan cukai bagi premium insurans perubatan, kesihatan dinaikkan Bajet 2022: LIAM cadang pelepasan cukai bagi premium insurans perubatan, kesihatan dinaikkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630596395_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg)
Kos perbelanjaan perubatan kebiasaannya meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pembayar cukai menggunakan pendapatan semasa mereka untuk membiayai keperluan perubatan jangka panjang. - Gambar hiasan
![[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah [EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739330144_MazuinHamzah.jpg)
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
![Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738997935_PolisLogoPolisP.jpg)
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
![Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738911426_TBdoctor.jpg)
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
![KKM alu-alukan langkah kawal selia premium insurans, takaful, intervensi KKM alu-alukan langkah kawal selia premium insurans, takaful, intervensi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713797170_insuranskesihatan.jpg)
KKM alu-alukan langkah kawal selia premium insurans, takaful, intervensi
Langkah BNM mengawal selia kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) adalah intervensi jangka pendek agar rakyat tidak terbeban dengan inflasi yang mendadak.
![Cari alternatif sebelum tamatkan insurans perubatan, pelan takaful - PPKM Cari alternatif sebelum tamatkan insurans perubatan, pelan takaful - PPKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713797170_insuranskesihatan.jpg)
Cari alternatif sebelum tamatkan insurans perubatan, pelan takaful - PPKM
PPKM mencadangkan beberapa alternatif untuk membantu pemegang polisi menguruskan kos penjagaan kesihatan swasta tanpa menamatkan perlindungan.
![Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733215568_AnwarIbrahim.jpg)
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
![Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731284817_TBparlimen.jpg)
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
![NAMLIFA gesa BNM, MoF keluar arahan hentikan sementara penentuan semula harga premium perubatan NAMLIFA gesa BNM, MoF keluar arahan hentikan sementara penentuan semula harga premium perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733483886_tbBANKNEGARA.jpg)
NAMLIFA gesa BNM, MoF keluar arahan hentikan sementara penentuan semula harga premium perubatan
NAMLIFA menggesa BNM dan MoF untuk mengeluarkan arahan menghentikan sementara langkah penentuan semula harga premium perubatan.
![Kerajaan disaran kawal harga rawatan di hospital swasta, perkenal insurans mampu milik Kerajaan disaran kawal harga rawatan di hospital swasta, perkenal insurans mampu milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733393646_HospitalWard.jpg)
Kerajaan disaran kawal harga rawatan di hospital swasta, perkenal insurans mampu milik
Kerajaan disaran memperkenalkan dasar kawalan harga sebagai langkah utama untuk mengawal caj atau kos rawatan perubatan yang dikatakan terus meningkat di hospital swasta.
![Ketegangan di Asia Barat jejas rantaian pembekalan, premium insurans Ketegangan di Asia Barat jejas rantaian pembekalan, premium insurans](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713052492_Perkapalan.jpg)
Ketegangan di Asia Barat jejas rantaian pembekalan, premium insurans
Ketegangan geopolitik semasa di Asia Barat telah meningkatkan risiko pelayaran dalam ekosistem perkapalan global.
![Bajet 2022: LIAM cadang pelepasan cukai bagi premium insurans perubatan, kesihatan dinaikkan Bajet 2022: LIAM cadang pelepasan cukai bagi premium insurans perubatan, kesihatan dinaikkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630596395_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg)
Bajet 2022: LIAM cadang pelepasan cukai bagi premium insurans perubatan, kesihatan dinaikkan
Rasional di sebalik cadangan ini antaranya mengurangkan bebanan potensi perbelanjaan besar daripada pembayar cukai disebabkan pengumpulan risiko.