KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan bajet secukupnya dalam Bajet 2022 bagi menghadapi situasi geopolitik serantau yang tidak menentu dan ancaman-ancaman lain, kata Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.
Beliau berkata belanjawan berkenaan penting agar penyelenggaraan dan perolehan baharu gantian aset-aset dan persenjataan usang dapat direalisasikan bagi kesiapsiagaan tinggi pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
"Isu seperti tuntutan bertindih kepulauan Spratly, persempadanan negara dan pelbagai ancaman lain menjadikan ATM perlu bersedia dari segi anggota dan aset.
"Selain itu, diharapkan belanjawan ini turut mengambil kira keperluan kos bagi kelangsungan pelbagai kursus dan latihan ketenteraan yang telah dirancang kerana kedua-duanya adalah pelaburan berterusan dalam meningkatkan kesiagaan strategik.
"Melaluinya, anggota ATM akan sentiasa terpelajar dan berkebolehan mengendalikan pelbagai peralatan dan persenjataan berteknologi terkini serta masa depan," katanya dalam wawancara khas sempena Hari ATM ke-88 di Wisma Perwira ATM, di sini baru-baru ini.
Hari ATM disambut pada 16 Sept setiap tahun manakala Bajet 2022 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Okt ini.
Affendi berkata ATM juga memerlukan bajet secukupnya bagi membolehkan bantuan petugas sekatan jalan raya, kemudahan perubatan dan lain-lain bantuan logistik kepada pihak berkuasa awam dalam menangani ancaman wabak COVID-19 dapat diteruskan secara efisien tanpa menjejaskan tugas hakiki iaitu mempertahan kedaulatan negara daripada anasir asing.
Beliau berkata perkara penting dalam menentukan sokongan operasi kepada keperluan aset-aset yang diperlukan, ialah ATM akan berterusan melaksanakan tadbir urus terbaik dalam semua aspek pengurusan termasuk dukungan logistik berkesan dan sumber manusia kompeten.
"Perhatian juga diberikan kepada semakan ke atas setiap polisi, perancangan dan pelan operasi agar dapat mendukung aspirasi memperkasakan kesiagaan ATM dalam landskap semasa," katanya.
Sebelum ini, Bajet 2022 dirangka dengan matlamat untuk melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian rakyat, membina semula daya ketahanan ekonomi dan memangkin pembaharuan sosioekonomi.
Mengulas mengenai sambutan Hari ATM ke-88 yang dirancang, Affendi berkata sambutan pada tahun ini dibuat secara fizikal di Kem Segenting, Port Dickson pada 22 Sept.
Beliau berkata pelaksanaannya mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang terkawal iaitu melibatkan acara Demonstrasi Keupayaan Aset dan Kompetensi ATM serta Perbarisan Tempur.
"Seramai 2,500 pegawai dan anggota akan menjayakan kedua-dua acara berkenaan sepertimana pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan lepas dan tidak melibatkan kehadiran penonton daripada kalangan masyarakat setempat atau luar," katanya.
Affendi berkata ia sebagai langkah kawalan memastikan acara ini diadakan dengan lancar dan mengawal kebarangkalian penularan wabak COVID-19.
Sambutan boleh ditonton terutama segmen demonstrasi keupayaan aset melalui siaran lintas langsung oleh RTM bermula pukul 9.30 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Affendi berkata belanjawan berkenaan penting agar penyelenggaraan dan perolehan baharu gantian aset-aset dan persenjataan usang dapat direalisasikan. - Gambar fail
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).