Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya melaksanakan tanggungjawabnya pada kadar segera dengan menggerakkan resolusi berkaitan kepentingan Baitulmaqdis, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata pada sidang kemuncak luar biasa di sini pada Rabu, negara OIC menyatakan kesediaan untuk membawa isu bantahan terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat itu ke PBB jika Majlis Keselamatan gagal bertindak.
Katanya negara OIC mengesahkan bahawa isu Palestin dan Baitulmaqdis merupakan agenda penting umat Islam dan memberi sokongan berterusan kepada rakyat Palestin dalam usaha menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan persempadanan sebelum 1967 serta Baitulmaqdis sebagai ibu negara.
"(Negara OIC) menolak dengan sekeras-kerasnya pengumuman pentadbiran Amerika Syarikat secara unilateral yang mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel yang tidak sah dari segi undang-undang dan sejarah.
"Keamanan yang akan dicapai oleh penduduk Palestin hanya akan berlaku bila tamatnya penaklukan Israel ke atas wilayah Palestin. (OIC) juga mengiktiraf Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyeru negara-negara lain untuk mengiktiraf Palestin," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri sidang kemuncak sehari itu.
BACA: Baitulmaqdis hendaklah secara sah menjadi ibu negara Palestin - PM Najib
Perdana Menteri berkata penganjuran sidang kemuncak itu tepat pada masanya untuk umat Islam menyuarakan pandangan mengenai perkara tersebut.
"Sidang kemuncak ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan kehadiran ramai pemimpin negara-negara Islam. Walaupun tempoh masa yang agak singkat, kehadiran yang baik membuktikan sokongan padu yang ditunjukkan oleh pemimpin negara-negara Islam terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak-hak mereka bagi mendapatkan sebuah negara Palestin yang berdaulat, perlu diberikan pujian," katanya.
Najib berkata pada sidang kemuncak tergempar itu, beliau telah menyampaikan kenyataan bagi mewakili suara rakyat Malaysia dengan antaranya mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya keputusan unilateral oleh Amerika Syarikat mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Israel.
"Status akhir Al-Quds Al-Sharif patut ditentukan melalui rundingan dua hala di antara Palestin-Israel melalui kerangka penyelesaian dua negara. Keputusan Amerika Syarikat merupakan satu provokasi dan akan menyebabkan kesan keselamatan yang serius ke atas rantau tersebut," katanya.
Katanya dalam hal itu beliau menyeru supaya umat Islam bersatu bagi menolak cubaan mana-mana negara mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan turut menegaskan perlunya umat Islam bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memastikan status Baitulmaqdis hanya melalui rundingan di bawah rangka penyelesaian dua negara.
"Saya turut menggesa umat Islam di seluruh dunia bersatu untuk menolak sebarang usaha mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara dan melupakan perbezaan pendapat. Saya menegaskan bahawa Al-Quds Al-Sharif bukan sahaja tempat suci bagi penganut agama Islam tetapi juga merupakan kota suci untuk pelbagai kepercayaan.
"Tempat ini perlu dipelihara supaya penganut agama-agama tersebut boleh mengamalkan ajaran masing-masing dengan aman. Kebuntuan konflik Timur Tengah boleh diselesaikan secara pragmatik berdasarkan undang-undang antarabangsa," katanya.
Perdana Menteri turut berharap Amerika Syarikat boleh membantu ke arah proses damai melalui dua cara iaitu menarik balik keputusan mengiktiraf Jerusalem itu dan bersama-sama bertanggungjawab dalam membantu memulihara keamanan secara melibatkan kedua-dua negara selaras dengan penyelesaian dua negara.
Najib berkata sewaktu Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC yang diadakan sebelum sidang kemuncak tergempar tersebut, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah menegaskan bahawa keputusan pentadbiran Amerika Syarikat memberikan kesan terhadap proses damai di Timur Tengah dan mewujudkan provokasi serta kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan masyarakat antarabangsa.
"Saya dah suarakan isi hati rakyat Malaysia dan pendirian Malaysia jelas lagi tegas. Harapan Malaysia agar isu ini ditangani dengan kesatuan dan penyatuan umat Islam untuk bertindak secara bersepadu. Kedua ambil langkah bijak... dalam hal ini kita takkan kompromi Baitulmaqdis sebagai tempat suci," katanya.
Mengenai hubungan dengan Amerika Syarikat, Najib berkata Malaysia berpendirian untuk membezakan perkara yang menguntungkan dengan perkara yang tidak selaras dengan pendirian Malaysia.
"Kita tidak boleh bertindak dalam hubungan pelabur-pelabur Amerika yang nak membuat pelaburan di Malaysia dengan keputusan pentadbiran Presiden Donald Trump. Tapi dalam hal Baitulmaqdis, kita menolak apa yang dilakukan oleh pentadbiran Amerika Syarikat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2017
![Baitulmaqdis: OIC mahu tindakan segera Majlis Keselamatan PBB - Najib Baitulmaqdis: OIC mahu tindakan segera Majlis Keselamatan PBB - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513199918_NajibTunRazak.jpg)
Najib mengadakan sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Lutfi Kirdar Congress Center pada Rabu. Turut sama, Anifah (kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Turki Datuk Abd Razak Abdul Wahab. --fotoBERNAMA
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Baitulmaqdis: OIC mahu tindakan segera Majlis Keselamatan PBB - Najib Baitulmaqdis: OIC mahu tindakan segera Majlis Keselamatan PBB - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513199918_NajibTunRazak.jpg)
Baitulmaqdis: OIC mahu tindakan segera Majlis Keselamatan PBB - Najib
Negara OIC menyatakan kesediaan untuk membawa isu bantahan terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat itu ke PBB jika Majlis Keselamatan gagal bertindak.
![Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman - Anifah Aman Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman - Anifah Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51443334126_AnifahAman.jpg)
Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman - Anifah Aman
Datuk Seri Anifah berkata tindakan pelanggaran hak secara provokotif dan terang-terangan oleh Israel itu langsung tidak boleh diterima.