ALOR SETAR: Galeri Pameran Sains Kanak-Kanak Interaktif Terbesar di Wilayah Utara iaitu Bahtera Langkasuka, akan dibangunkan di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) dekat sini, yang dijangka siap pada bulan Oktober.
Pengarah Pusat Sains Negara (PSN) Mismah Jimbun berkata galeri pameran itu, akan dibangunkan dengan keluasan 500 meter persegi yang boleh memuatkan sehingga 100 pengunjung pada satu-satu masa dan bertemakan maritim, bagi membawa pengunjung menjelajah Sains dalam laut.
"Galeri ini dipersembahkan dengan persekitaran yang kondusif, reka bentuk yang menarik, interaktif dan secara terus bagi merangsang keseronokan belajar, menimbulkan minat dan perkembangan minda kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Arthur Joseph Kurup turut mengadakan lawatan kerja ke PSNCWU semalam, bagi memantau proses pembinaan dan pembangunan galeri pameran itu.
Mismah berkata galeri pameran itu akan mengetengahkan bahan pameran interaktif, bermula daripada konsep perkembangan kognitif kanak-kanak sehingga bahan pameran yang berkonsepkan literasi digital, yang bersesuaian dengan perkembangan trend terkini.
"Galeri Bahtera Langkasuka ini akan terbahagi kepada dua zon iaitu Laksamana Pintar untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun dan Nakhoda Cilik untuk kanak-kanak berumur setahun hingga enam tahun.
"Galeri ini juga akan menempatkan sebanyak 11 bahan pameran interaktif yang sesuai dengan perkembangan trend terkini untuk kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata dengan pembukaan galeri baharu itu nanti, dijangkakan PSNCWU bakal menarik pengunjung seramai 20,000 orang sekitar Wilayah Utara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Mismah (tiga, kiri) mengiringi Arthur (kiri) yang mengadakan lawatan kerja ke PSNCWU di Alor Setar, 5 Mac 2023. - Facebook MOSTI
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Bahtera Langkasuka dibangunkan di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
Bahtera Langkasuka, akan dibangunkan di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU), yang dijangka siap pada bulan Oktober.