KUALA LUMPUR : Bahasa Melayu yang disebut Perdana Menteri semasa menyatakan hasrat menjadikannya sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN sebenarnya bermaksud Bahasa Nusantara.
Timbalan Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Kamaruddin M Said menjelaskan, perkara itu mungkin tidak menimbulkan masalah jika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan ungkapan Bahasa Malaysia-Indonesia.
"Kalau di Malaysia, orang Malaysia selalu menyebutkan ini alaf Melayu, semuanya sekali yang kita panggil nusantara itu dipanggil alaf Melayu, jadi bahasanya Bahasa Melayu.
"Jadi saya fikir sewaktu Perdana Menteri Malaysia mengatakan bahawa Bahasa Melayu perlu menjadi bahasa kedua ASEAN, maksud beliau bahawa Bahasa Melayu yang disebutkan itu ialah Bahasa Nusantara, yang termasuk di dalamnya Bahasa Indonesia sebab penontonnya ialah 300 juta orang.
"Namun, di Indonesia, ungkapan Bahasa Melayu itu bermaksud bahasa daerah Riau semata-mata. Jadi kalaulah Perdana Menteri Malaysia menggunakan ungkapan Bahasa Malaysia-Indonesia tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi apabila disebutkan Bahasa Melayu, di Indonesia ia menjadi masalah," katanya menjadi panelis Minda Profesor Negara bertajuk Bahasa Melayu-Indonesia sebagai bahasa antarabangsa pada Khamis.
BACA: PM Ismail Sabri akan guna Bahasa Melayu di persidangan antarabangsa
BACA: Malaysia, Indonesia sepakat perkasa Bahasa Melayu - PM
Jelas Kamaruddin, banyak usaha dilakukan sejak tahun 2007 untuk mengubah kembali nama Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia, namun tidak berjaya.
Katanya, usaha berkenaan sepatutnya diteruskan sekarang bagi mengelak timbul kekeliruan terutama dari pihak Indonesia.
Justeru, beliau menggesa pejuang bahasa di Malaysia bersedia mengubah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi memberi pemahaman yang lebih jelas oleh mana-mana pihak.
"Jadi yang ini saya kira para pejuang bahasa di Malaysia harus mengerti dan harus bersedia mengubah nama itu iaitu daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia kembali, supaya kerjasama ini nanti tidak akan dikaburkan atau dihalang oleh kesilapan nama tadi, walaupun terasnya adalah Bahasa Melayu.
"Jadi ia mempunyai implikasi. Jadi apabila sebut bahasa tadi, ia adalah bahasa tanpa sempadan, tetapi juga serumpun tetapi tidak serupa," ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia, Prof E. Aminuddin Aziz menjelaskan, perkembangan Bahasa Indonesia berbeza dengan Bahasa Melayu di Malaysia.
Katanya, Bahasa Indonesia sudah jauh berkembang berbanding Bahasa Melayu.
"Bahasa Indonesia telah jauh berkembang dari Bahasa Melayu dan bisa untuk diri sebagai satu bahasa stabil.
"Penuturnya juga sudah banyak sekali berbanding Bahasa Melayu. Mengikut laporan pada bulan Disember 2021, penutur Bahasa Indonesia adalah seramai 199 juta orang, penutur Bahasa Melayu adalah 19 juta.
"Ini perbedaan yang sangat jauh. Kalau ada yang kata 300 juta (penutur Bahasa Melayu), tanda besarnya, ini Melayu yang mana?," ujar beliau.
Bagaimanapun katanya, Indonesia sentiasa bersikap terbuka dalam menjalinkan kerjasama antara pakar bahasa kedua-dua negara dalam mengangkat martabat bahasa ibunda masing-masing.
Pada 23 Mac lalu, Perdana Menteri berkata Malaysia akan berbincang dengan pemimpin serantau untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda pada peringkat antarabangsa.
Ismail Sabri juga sudah memaklumkan rakan sejawatannya, Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengenai hasratnya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan menjadikannya sebagai bahasa rasmi ASEAN.
Bagaimanapun, ungkapan Bahasa Melayu disebut Perdana Menteri itu menimbulkan kekeliruan bagi sesetengah pihak di Indonesia termasuk Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim.
BACA: Bahasa Melayu bahasa rasmi ASEAN: Menteri Indonesia mahu cadangan dikaji, dibahas terlebih dahulu
Rahimah Abdullah
Thu Apr 07 2022

Perkara itu mungkin tidak menimbulkan masalah jika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan ungkapan Bahasa Malaysia-Indonesia. - Astro AWANI
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia
Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat.

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.

Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.