Bekas pemegang francais untuk jenama minuman the Chatime Malaysia, Loob Holding, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pemilik francais dari Taiwan, La Kaffa, mengenai pembatalan perjanjian antara mereka.
Portal berita Channel News Asia melaporkan, dakwaan itu disifatkan Loob sebagai ‘tidak benar dan berniat jahat’.
“Kami menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan palsu dan berniat jahat oleh La Kaffa dalam kenyataan media pada 3 Februari 2017,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Loob, Bryan Loo dalam satu kenyataan.
Menurutnya, dakwaan bahawa Loob menggunakan bahan mentah yang bukan sebahagian daripada resipi yang diluluskan, telah disalah tafsir.
“Dakwaan tentang ‘bahan mentah’ yang digunakan ‘tanpa mengikut resipi yang diluluskan’ memberi tanggapan bahawa kualiti produk Chatime di Malaysia telah dikompromi.
“Semua ini tidak benar, Ini bukan sebahagian daripada pertelagahan dengan La Kaffa,” ujarnya.
La Kaffa telah membatalkan perjanjian dengan Loob bulan lalu dan menyatakan ia akan mengambil alih operasi bisnes dan pembangunan Chatime Malaysia serta-merta berikutan ketidaksefahaman hala tuju perniagaan.
Sementara itu, berkenaan dakwaan ‘pembayaran tertunggak’, menurut Loo, jika ada jumlah seperti yang dikatakan, ia tentunya akan dilunaskan.
"Syarikat telah membuat pelaburan awal untuk mendapat pegangan francais 30 tahun yang berakhir pada tahun 2041.
“Ini adalah bukti bahawa syarikat kami mempunyai komitmen francais jangka panjang. Syarikat juga tidak akan bertindak sesuatu yang menjejaskan pelaburan,” ujar Loo.
BACA: Chatime Malaysia guna bahan tidak diluluskan, kata pemilik francais dari Taiwan
Agensi
Tue Feb 07 2017
![Bahan tanpa kelulusan: Bekas pemegang francais Chatime Malaysia jawab dakwaan La Kaffa Bahan tanpa kelulusan: Bekas pemegang francais Chatime Malaysia jawab dakwaan La Kaffa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61486101199_Chatime.jpg)
Loob Holding sebelum ini menggerakkan operasi 165 cawangan Chatime di Malaysia. - Gambar hiasan/Twitter @ChatimeIndo
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![CEO Chatime Malaysia, Aliza Ali, dilirik Bursa Saham Hong Kong CEO Chatime Malaysia, Aliza Ali, dilirik Bursa Saham Hong Kong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678795986_alizaali.jpg)
CEO Chatime Malaysia, Aliza Ali, dilirik Bursa Saham Hong Kong
Ini sekali gus menjadikan beliau wanita Malaysia pertama yang dijemput ke HKEX.
![Chatime galak orang ramai terima vaksinasi menerusi 'beli satu percuma satu' Chatime galak orang ramai terima vaksinasi menerusi 'beli satu percuma satu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626153103_chatime.jpg)
Chatime galak orang ramai terima vaksinasi menerusi 'beli satu percuma satu'
Kempen promosi 'beli satu percuma satu' berlangsung sehingga 15 Julai 2021 di semua cawangan Chatime seluruh negara.
![Bukan berbulan madu, Chatime sahkan Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja Bukan berbulan madu, Chatime sahkan Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616824421_NeelofaHarris.jpg)
Bukan berbulan madu, Chatime sahkan Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja
Chatime Malaysia jelaskan Neelofa serta suaminya lakukan lawatan kerja di tiga lokasi di zon utara.
!['Chatime tidak pernah tukar nama kepada Tealive'- Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia 'Chatime tidak pernah tukar nama kepada Tealive'- Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521201396_Chatime.jpg)
'Chatime tidak pernah tukar nama kepada Tealive'- Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia
Syarikat Chatime Malaysia Sdn Bhd menafikan persepsi orang awam bahawa syarikat itu telah ditukar namanya kepada Tealive.
![Chatime kini bertukar kepada 'Tealive' Chatime kini bertukar kepada 'Tealive'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71487325380_tealive.jpg)
Chatime kini bertukar kepada 'Tealive'
Loob Holdings Sdn Bhd, yang memiliki kedai Chatime bubble tea, telah menjenamakan semula 161 cawangannya kepada 'Tealive'.