Loob Holdings Sdn Bhd, yang memiliki kedai Chatime bubble tea, telah menjenamakan semula 161 cawangannya kepada 'Tealive' dan rancangan pengembangannya bagi tempoh dua tahun akan datang berada di landasan yang betul.
Ketua Pegawai Eksekutif Loob, Bryan Loo berkata, dengan langkah penjenamaan semula itu yang menelan kos kurang daripada RM10 juta, semua 161 cawangannya di seluruh negara secara rasmi akan bertukar menjadi 'Tealive' bermula esok.
"Kami juga merancang menambah bilangan cawangan daripada 165 kepada 250 di Malaysia menjelang 2018 serta menambah bilangan pelanggan dari 2.5 juta sebulan kepada lima juta," katanya kepada pemberita selepas prapelancaran 'Tealive' di sini, hari ini.
Pada awalnya Loob memiliki 165 cawangan, katanya.
Bagaimanapun, Loo berkata, 161 cawangan akan beroperasi di bawah jenama baharu itu dan empat lagi tidak akan dijenamakan semula.
Menurutnya, syarikat itu kini akan menumpukan sumbernya bagi menggerak pertumbuhan dengan kekuatan 1,000 pekerjanya yang melayan dua juta pelanggan setiap bulan.
Di peringkat global, beliau berkata, Loob akan memanfaatkan pasaran Vietnam pada suku ketiga tahun ini dan negara-negara Asia lain dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Syarikat akan membuka lima cawangan 'Tealive' di Vietnam dalam tahun pertama dan kemudiannya akan membuka 20 lagi dalam tahun kedua," katanya.
Beliau berkata syarikat itu merancang mengembangkan operasinya di lebih banyak stesen minyak di seluruh negara, serta stesen transit aliran ringan (LRT) dan stesen transit aliran berkapasiti tinggi (MRT).
Loo berkata syarikat itu tidak bimbang dengan pertikaian antara La Kaffa International Co Ltd dengan Loob dan yakin dapat memenangi semula pelanggannya.
"Kami berbangga untuk melancarkan 'Tealive', jenama yang akan menjadikan minuman teh kembali popular. Hanya enam tahun lepas saya mengendalikan kiosk pertama menyediakan minuman teh bagi rakyat Malaysia dan kini kami akan memperkenalkan budaya teh baharu kepada rakyat Malaysia," katanya.
'Tealive' menawarkan promosi pengenalan satu-untuk-satu, lima jam sehari selama lima hari.
Bagi yang membeli minuman 'Tealive' dari pukul 1 petang hingga 6 petang akan mendapat satu lagi minuman percuma bermula 18 Feb hingga 22 Feb, 2017.
Beliau berkata perjanjian antara La Kaffa dan Loob, yang berakhir sehingga 2041, ditamatkan ekoran syarikat Taiwan itu yang tidak bersetuju dengan hala tuju perniagaan Chatime di Malaysia.
Loob juga akan memulakan prosiding timbang tara terhadap La Kaffa di Singapura dan Loo berkata beliau berhasrat untuk menuntut sebarang kerugian ke atas syarikatnya yang disebabkan oleh penamatan itu.
Menurutnya, semua ramuan yang digunakan adalah halal dan produk yang dijual syarikat itu dalam tempoh enam tahun lepas diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Kami mengekalkan pasukan yang sama, kakitangan dan rakan kongsi yang sama, di lokasi cawangan yang sama tetapi kami menjangka pengguna akan mendapati kami kini menggunakan nama yang berbeza, yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017

Loob Holdings Sdn Bhd, yang memiliki kedai Chatime bubble tea, telah menjenamakan semula 161 cawangannya kepada 'Tealive'. - Gambar Facebook Tealiveasia
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.
Trump mahu pulihkan hubungan dengan Jong-Un
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

CEO Chatime Malaysia, Aliza Ali, dilirik Bursa Saham Hong Kong
Ini sekali gus menjadikan beliau wanita Malaysia pertama yang dijemput ke HKEX.

Chatime galak orang ramai terima vaksinasi menerusi 'beli satu percuma satu'
Kempen promosi 'beli satu percuma satu' berlangsung sehingga 15 Julai 2021 di semua cawangan Chatime seluruh negara.

Bukan berbulan madu, Chatime sahkan Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja
Chatime Malaysia jelaskan Neelofa serta suaminya lakukan lawatan kerja di tiga lokasi di zon utara.

'Chatime tidak pernah tukar nama kepada Tealive'- Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia
Syarikat Chatime Malaysia Sdn Bhd menafikan persepsi orang awam bahawa syarikat itu telah ditukar namanya kepada Tealive.

Chatime kini bertukar kepada 'Tealive'
Loob Holdings Sdn Bhd, yang memiliki kedai Chatime bubble tea, telah menjenamakan semula 161 cawangannya kepada 'Tealive'.