Bahagian utama badan pesawat AirAsia QZ8501 yang nahas pada 28 disember lalu ditemui pada petang Rabu.

Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen menerusi kenyataan rasmi yang menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Memetik kenyataan Eng Hen, bahagian utama pesawat itu ditemui kapal angkatan laut singapura, MV SWIFT Rescue di perairan Laut Jawa.

Singapura,Facebook,QZ8501
Paparan skrin laman Facebook Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen yang memaparkan penemuan bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 pada petang Rabu. - Sumber Facebook
Gambar yang diambil menerusi kenderaan kawalan jauh (ROV) menunjukkan tagline bangkai pesawat yang tertera “Everyone Can Fly”.

Kerajaan Singapura menerusi Ketua Staf Angkatan Laut Singapura Laksamana Ng Eng Hen Muda Lai Chung Han memaklumkan kepada badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS) untuk memulakan proses mengangkat serpihan tersebut.