KOTA KINABALU: Badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah membayar dividen serta sumbangan berjumlah RM138.7 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah setakat Oktober tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata angka itu adalah 8.8 peratus lebih rendah berbanding jumlah yang diterima pada tahun lepas.
"Ia agak mengecewakan. Semua badan berkanun dan GLC perlu meningkatkan usaha untuk menjana lebih banyak pendapatan pada tahun-tahun akan datang," katanya dalam ucapan beliau pada Majlis Penyerahan Dividen dan Sumbangan Badan Berkanun serta GLC Sabah di sini pada Selasa.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.
Hajiji berkata antara yang membayar dividen kepada kerajaan negeri ialah SMJ Sdn Bhd (SMJSB), GLC "termuda" yang membayar RM50 juta.
Agensi lain termasuk Perbadanan Pinjaman Sabah (RM17 juta), KKIP Sdn Bhd (RM12 juta), Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (RM12 juta), Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM3.568 juta) dan Desa Plus Sdn Bhd (RM2 juta).
Hajiji berkata semua badan berkanun dan lembaga pengarah GLC perlu melaksanakan tadbir urus korporat yang baik dari sudut pentadbiran serta penilaian bagi memastikan keselamatan kedua-dua pihak adalah terjamin.
Beliau turut memilih Sawit Kinabalu sebagai penanda aras bagi semua GLC dan badan berkanun untuk dicontohi selepas menunjukkan daya tahan serta daya saing yang kukuh dalam industri meskipun berdepan harga komoditi minyak sawit yang tidak menentu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Hajiji berkata semua badan berkanun dan lembaga pengarah GLC perlu melaksanakan tadbir urus korporat yang baik dari sudut pentadbiran serta penilaian. - Foto fail/BERNAMA
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
MARA Corp perlu diurus golongan profesional
Masa sudah tiba untuk MARA Corp melabur dalam program perindustrian dan komersial sektor pertanian dan penternakan berasaskan makanan secara serius dan menyeluruh.