IPOH: Bacaan doa Qunut Nazilah di masjid dan surau seluruh Perak sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza yang menghadapi serangan rejim Zionis Israel, masih diteruskan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim berkata doa itu boleh diteruskan selagi umat Islam di Gaza masih berdepan dengan ancaman rejim Zionis.
"Kita teruskan dan banyakkan berdoa. Kita tiada masalah tentang Qunut Nazilah ini dibuat dalam setiap solat fardu, malah digalakkan kepada semua perbanyakkan doa untuk sahabat kita di Gaza supaya Allah SWT melindungi mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Hi-Tea Pelancaran Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Anak Yatim serta Penyampaian Sumbangan kepada Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Perak di sini pada Isnin.
Pada 9 Dis lepas, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman dilaporkan berkata bacaan Qunut Nazilah yang dilaksanakan selama sebulan di masjid dan surau seluruh Pahang sebagai solidariti kepada rakyat Palestin, ditangguhkan sementara selaras dengan sunah Rasulullah.
Menurutnya berdasarkan hadis, Rasulullah hanya melaksanakan bacaan doa itu selama sebulan sebelum ia dihentikan.
Dalam perkembangan lain, Harith Fadzilah berkata JAIPk masih menangguhkan aktiviti mengajar dan syarahan oleh penceramah dari luar mahupun dalam negeri ini di masjid, surau diri Jumaat (SDJ) dan surau yang berdaftar dengan jabatan itu.
Beliau berkata beberapa perkara yang tertakluk di bawah Garis Panduan Permohonan Penceramah dan Pengajar sedang diperhalusi bagi memastikan tidak berlaku isu berbangkit.
"Kita jangkakan selepas Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) baru-baru ini, perkara itu akan selesai tetapi sebaliknya berlaku atas beberapa sebab antaranya ada banyak ajaran yang dibawa mengelirukan, mungkin perkara ini ada dalam kalangan kita yang tidak perasan tetapi sedang berjalan," katanya.
Pada 23 Ogos lepas, Harith Fadzilah menegaskan JAIPk mengambil keputusan menangguhkan sebarang bentuk aktiviti mengajar serta syarahan membabitkan pendakwah dalam dan luar negeri berkuat kuasa serta-merta hingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
HARITH FADZILAH: Kita tiada masalah tentang Qunut Nazilah ini dibuat dalam setiap solat fardu, malah digalakkan kepada semua perbanyakkan doa untuk sahabat kita di Gaza supaya Allah melindungi mereka. - Foto Jaipk
Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Sejak bermulanya gencatan senjata Gaza, Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Baca Qunut Nazilah di Parlimen, amalan politik taksub - Yadim
Bacaan Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini dibuat di luar solat, bukan ketika perang dan bukan juga kerana musibah yang menimpa umat Islam secara umum.
Tidak boleh baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam - Pejabat Mufti WP
Pejabat Mufti WP menyatakan tindakan sedemikian akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama.
JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah
JAIS juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.
Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco
Selain itu, solat sunat hajat turut ditetapkan pelaksanaannya selepas solat fardu maghrib.
Qunut Nazilah untuk Islam Uighur dalam setiap solat fardu - Mufti Perak
Umat Islam digesa berdoa memohon agar umat Islam di Uighur diberikan kekuatan dalam menghadapi kezaliman.