Usaha memulihkan ekonomi negara dan menjadikan Malaysia destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara dan global menjadi tumpuan utama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi tempoh lima tahun akan datang.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau yakin Malaysia berpotensi besar untuk mengembalikan keyakinan pelabur domestik dan asing kerana mempunyai modal insan yang berketrampilan dan berilmu.
"Kementerian saya merupakan satu kementerian yang penting dah saya akan adakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan kementerian awal pagi esok (Selasa).
"Pengalaman saya (selaku Menteri Besar) di Selangor akan membantu dalam memastikan pengurusan ekonomi negara dapat dilakukan dengan bertanggunjawab dan baik," katanya selepas mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 Menteri Kabinet yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu istiadat di Istana Negara, di sini pada Isnin.
Ketika ditanya mengenai pengganti beliau sebagai Menteri Besar Selangor, Azmin berkata ia hanya akan diputuskan selepas berakhirnya Ramadan.
"Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah mengharapkan peralihan pentadbiran negeri Selangor akan berjalan dengan baik dan lancar. Tuanku menitah agar proses ini berjalan beberapa hari selepas sambutan Aidilfitri.
"Saya akan berbincang dengan kepimpinan parti (PKR) untuk memastikan siapa yang boleh diberikan tanggujawab baharu di Selangor. Kita akan persembahkan nama kepada Tuanku untuk dapatkan perkenan sebaik sahaja parti membuat keputusan," tambahnya.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata dasar pendidikan negara yang sedia ada akan diteruskan dan ditambah baik dalam usaha meningkatkan prestasi pendidikan arus perdana ke peringkat antarabangsa.
Beliau berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 mengandungi perkara-perkara bermanfaat yang wajar diteruskan termasuk pendidikan tidak berorientasikan peperiksaan.
"Segala yang baik akan teruskan dan kita akan cuba membuat penambahbaikan. Bagi saya sendiri, komitmen yang saya cuba terapkan dalam sistem pengajian tinggi ataupun sistem pendidikan kita ialah 'happiness, love dan mutual respect'," kata beliau yang turut mengangkat sumpah jawatan hari ini.
"Apa yang penting ialah memastikan agar kesemua janji yang telah Pakatan Harapan berikan dalam manifesto mereka berkait dengan kedua-dua sektor berkenaan.
"Antara yang paling utama kepada pengajian tinggi adalah untuk menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, bagi memberikan kebebasan akademik serta mengangkat institut pengajian tinggi kita ke tahap antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, selain itu, kerajaan juga komited meringankan beban guru dan murid serta memastikan pendidikan kebangsaan menjadi pilihan semua.
Menurutnya antara langkah meringankan beban guru dan murid ialah menyediakan guru bantu, mengecilkan saiz kelas selain penggunaan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 21 2018

Azmin yakin Malaysia berpotensi besar untuk mengembalikan keyakinan pelabur domestik dan asing. - Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.