KUALA LUMPUR: Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Frankfurt, Jerman, bersempena program Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dan penggerak kuasa ekonomi Eropah.
Misi yang bermula hari ini sehingga 21 Okt, 2021, akan turut meliputi Perancis dan United Kingdom (UK), demikian menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Di samping itu, negara-negara ini juga telah menggariskan dasar serta polisi untuk mencapai sasaran pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050 yang sejajar dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)," kata kementerian itu.
Mohamed Azmin turut disertai oleh pegawai kanan MITI dalam misi tersebut yang bertujuan memaparkan dasar kerajaan Malaysia sebagai mesra perniagaan serta keupayaannya dalam bidang strategik seperti kemampanan, pembuatan tinggi dan Revolusi Perindustrian 4.0.
"Justeru, program TIM ini akan membabitkan sesi libat urus dengan pemimpin industri serta pelabur terkemuka Eropah dalam meninjau prospek perniagaan akan datang di Malaysia," kata MITI.
Selain itu, Mohamed Azmin akan turut memanfaatkan sesi libat urus itu dengan berkongsi maklumat mengenai Pelan Pemulihan Negara, RMK12 dan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).
Beliau dijadualkan bertemu dengan pihak Persatuan Persekutuan Pengurusan Bahan, Pembelian dan Logistik eV (BME) yang dianggotai oleh lebih 9,000 penggiat logistik di Jerman dan Eropah.
Mohamed Azmin juga akan menemui kalangan pemimpin automotif global, Porsche AG dan Daimler AG di Stuttgart yang terbukti mencatat kemajuan dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV) yang selari dengan hala tuju Malaysia membabitkan bidang pertumbuhan baharu dengan penekanan dalam elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Pada 2020, Jerman merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia serta menjadi sumber kedua terbesar dari segi pelaburan langsung asing (FDI) dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU).
Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2021, jumlah perdagangan dua hala dengan Jerman bernilai RM35.45 bilion (US$8.59 bilion) dengan eksport dan import masing-masing sebanyak RM18.75 bilion (US$4.55 bilion) dan RM16.70 bilion (US$4.05 bilion).
Sementara itu, dalam kalangan EU, Perancis merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dan sumber ketiga terbesar FDI pada 2020.
Malah, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2021, jumlah keseluruhan perdagangan antara Malaysia dan Perancis mencecah RM8.37 bilion (US$2.03 bilion) manakala eksport ke Perancis mencecah RM3.64 bilion (US$0.89 billion) dan import pada RM4.73 billion (US$1.15 bilion).
Majoriti pelaburan Perancis di Malaysia merangkumi produk-produk bahan kimia dan barangan berasaskannya, jentera dan peralatan, kelengkapan pengangkutan serta produk petroleum.
Pada 2020, UK pula merupakan rakan dagang ke-18 terbesar Malaysia di peringkat global.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan UK bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini telah mencecah RM11.19 bilion (US$2.72 bilion) yang disumbangkan oleh eksport sebanyak RM6.52 bilion (US$1.58 bilion) dan import RM4.67 bilion (US$1.13 bilion). - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Lawatan Azmin sempena Misi Perdagangan dan Pelaburan yang bermula hari ini sehingga 21 Oktober akan turut meliputi Jerman, Perancis dan United Kingdom. - Gambar fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.