Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini gagal dalam tuntutan balasnya terhadap Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir menolak tuntutan balas tersebut dengan kos RM3,000 selepas mendapati tiada kausa tindakan terhadap Puncak Niaga.
Beliau membuat keputusan itu di dalam kamarnya.
Peguam S. H. Ng hadir bagi pihak Mohamed Azmin sementara Puncak Niaga diwakili peguam Lau Mark Chi Ming.
Pada 22 Feb lepas, Akhtar membenarkan permohonan Mohamed Azmin, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor untuk membatalkan saman hampir RM14 bilion yang difailkan Puncak Niaga terhadap mereka selepas mendapati pernyataan tuntutan plaintif (Puncak Niaga) adalah cacat.
Selain mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman itu, Mohamed Azmin turut memfailkan tuntutan balas terhadap Puncak Niaga atas alasan syarikat konsesi air itu sengaja memulakan saman tanpa alasan yang munasabah dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Menteri besar itu menuntut ganti rugi am, faedah atas ganti rugi dari tarikh writ saman sehingga keputusan penghakiman pada kadar dianggap sesuai oleh mahkamah selain kos dan relif lanjut.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 27 Okt tahun lepas, Puncak Niaga antara lain mendakwa Abdul Khalid dan Mohamed Azmin menyalahgunakan kuasa mereka sebagai menteri besar dengan mengancam untuk menyebab atau memohon atau cubaan untuk menyebabkan kerajaan persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi memaksa pengambilalihan industri perkhidmatan air di Selangor.
Plaintif antara lain mendakwa penangguhan rundingan berkenaan usaha penyusunan semula industri air di Selangor selama lima tahun menjadi manfaat politik peribadi Abdul Khalid dan Mohamed Azmin, selain mendakwa rundingan tersebut tidak dilakukan atas dasar ‘willing buyer willing seller’ (urus niaga suka sama suka) sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian serta kerosakan.
Sehubungan itu, Puncak Niaga menuntut ganti rugi, faedah ke atas ganti rugi dan kos berhubung kehilangan peluang perniagaan di dalam dan luar negara, berjumlah RM13.5 bilion.
Pada masa sama, plaintif juga menuntut ganti rugi berhubung perbezaan antara nilai PNSB Water Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Puncak Niaga (M) Sdn Bhd) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada kadar RM2.08 bilion hingga RM2.35 bilion.
Selain itu, plaintif menuntut pertimbangan pembelian sebenar berjumlah RM1.56 bilion di bawah Perjanjian Pembelian Saham bertarikh 11 Nov 2014 antara Puncak Niaga dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 15 2018
Mohamed Azmin menuntut ganti rugi am, faedah atas ganti rugi dari tarikh writ saman sehingga keputusan penghakiman pada kadar dianggap sesuai oleh mahkamah selain kos dan relif lanjut. - Gambar fail
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.
Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.
Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.
Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).