KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan menerima saman yang difailkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin terhadapnya.
Azam berkata, surat tuntutan saman oleh Daim itu menyatakan mengenai tindakan SPRM yang didakwa tidak mengikut prosedur ditetapkan.
"Saya tak boleh dedahkan maklumat berkaitan kerana kes itu sudah masuk mahkamah," katanya memetik laporan berita tempatan pada Jumaat.
Beliau dilaporkan berkata demikian ketika hadir sebagai tetamu pada sesi dialog 'Integriti: Sejauh Mana Ketelusan Dinilai?' yang disiarkan stesen televisyen milik kerajaan Sarawak pada Khamis.
Beliau berkata, pihaknya bersedia untuk menyiasat lebih banyak kes berprofil tinggi termasuk kes lama sekiranya terdapat pihak yang tampil menyalurkan maklumat berkaitan.
"Betul... saya mungkin hidup pada waktu itu tetapi saya tak berada dalam sistem ketika itu. (Jadi sekarang) tindakan perlu diambil kerana ia tanggungjawab saya.
"Kadang-kadang kami tak ada akses kepada sesetengah maklumat kerana kejadian itu berlaku sudah lama. Kami generasi baharu mungkin tak tahu," katanya.
Terdahulu, media melaporkan pasukan undang-undang mewakili Daim mendakwa Azam tidak mengendahkan arahan kehakiman dengan mengeluarkan kenyataan secara berterusan membabitkan kes dihadapi bekas Menteri Kewangan itu dan isu perundangan yang sedang dihadapi.
Jelas laporan itu, kenyataan berulang Azam mengenai Daim bukan sahaja subjudis tetapi juga prejudis kerana hakim sudah memberi amaran mengenai kes itu.
Peguam itu berkata, kenyataan Azam termasuklah kemungkinan memanggil Daim untuk disoal siasat berhubung dakwaan aset yang tidak didedahkan, dianggap tidak wajar memandangkan pertuduhan sedia ada yang belum selesai di mahkamah
Menurutnya, kenyataan itu seolah-olah Daim bersalah dan melanggar prinsip subjudis malah petikan 'sumber' memburukkan lagi keadaan.
Baru-baru ini, Daim menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen kerana didakwa gagal mengisytiharkan harta dan mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 16 2024
![Azam Baki sahkan disaman Daim Azam Baki sahkan disaman Daim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708079805_AzamBaki.jpg)
Azam berkata, surat tuntutan saman oleh Daim itu menyatakan mengenai tindakan SPRM yang didakwa tidak mengikut prosedur ditetapkan.
Tidak akan jejas kuota Bumiputera
Sejak sistem kuota dilaksanakan sekitar tahun 1970-an, ia bermatlamatkan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional daripada kaum Bumiputera.
Calon PN lancar manifesto 'kerja'
Menurut Abidin, PN juga bertekad untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Sungai Bakap yang telah dihadapi sejak enam tahun lalu.
UMNO fokus dapatkan sokongan pengundi muda untuk calon PH
UMNO yakin Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan yang menjadi taruhan Kerajaan Perpaduan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Sabtu ini.
Dua lagi individu direman babitkan projek lebuh raya lebih RM1 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua individu lagi melibatkan seorang pengerusi dan pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
![250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA 250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA
Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini.
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
![Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719929006_TBIndiastampede.jpg)
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
![AGC akan bantah permohonan Daim dan keluarga cabar tindakan SPRM beku akaun AGC akan bantah permohonan Daim dan keluarga cabar tindakan SPRM beku akaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706492314_tbTunDaimZainuddin.jpg)
AGC akan bantah permohonan Daim dan keluarga cabar tindakan SPRM beku akaun
AGC akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Tun Daim dan keluarganya berhubung tindakan SPRM membekukan akaun bank mereka.
![Beku akaun: Daim, keluarga fail semakan kehakiman terhadap Anwar Beku akaun: Daim, keluarga fail semakan kehakiman terhadap Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718077824_TunDaimZainuddin.jpg)
Beku akaun: Daim, keluarga fail semakan kehakiman terhadap Anwar
Daim memfailkan permohonan kebenaran di Mahkamah Tinggi bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Isteri Daim peroleh pasport sementara ke Switzerland, Singapura Isteri Daim peroleh pasport sementara ke Switzerland, Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705974965_TBIsteri.jpg)
Isteri Daim peroleh pasport sementara ke Switzerland, Singapura
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, bagi mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara.
![Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/41565002547_TBTUNDAIM.jpg)
Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain
Tun Daim memohon untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
![Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710399655_TBMASHUPORANG.jpg)
Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan
Tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli, dilaporkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung transaksi syarikat penerbangan MAS.
![Kes Daim: SPRM siasat ahli perniagaan Singapura Akbar Khan kes pengubahan wang haram, rasuah - Laporan Kes Daim: SPRM siasat ahli perniagaan Singapura Akbar Khan kes pengubahan wang haram, rasuah - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710395849_TBMASHUP.jpg)
Kes Daim: SPRM siasat ahli perniagaan Singapura Akbar Khan kes pengubahan wang haram, rasuah - Laporan
Ahli perniagaan Singapura yang juga pemaju hartanah terkenal di Malaysia, Datuk Seri Akbar Khan dilaporkan disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah oleh SPRM.
![Tiada jaminan isteri Daim tidak lari jika pasport dikembalikan - Pendakwa Tiada jaminan isteri Daim tidak lari jika pasport dikembalikan - Pendakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710310592_TBtohnaimahjpg.jpg)
Tiada jaminan isteri Daim tidak lari jika pasport dikembalikan - Pendakwa
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, tiada jaminan isteri Daim, Na'imah akan kekal berada di negara ini, jika pasport antarabangsanya dikembalikan secara tetap.
![Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705975527_TBTohPuanNaimah.jpg)
Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid memohon Mahkamah Sesyen memberikan suatu perintah untuk merujuk soalan mengenai kesan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kepada Mahkamah Tinggi.
![Azam Baki sahkan disaman Daim Azam Baki sahkan disaman Daim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708079805_AzamBaki.jpg)
Azam Baki sahkan disaman Daim
Tan Sri Azam Baki mengesahkan menerima saman yang difailkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin terhadapnya.
![Daim buta sebelah mata, strok - Peguam Daim buta sebelah mata, strok - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706507497_TBTunDaimZainuddin.jpg)
Daim buta sebelah mata, strok - Peguam
Daim mengalami masalah kesihatan yang kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan.