KUALA TERENGGANU: Anak sulung wanita yang maut disyaki dibunuh suaminya di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun pada pagi Rabu masih terkejut dan tidak sangka kejadian menimpa ibunya, Rubiah Sabtu, 41.
Mohamad Daniel Mohd Radzi, 18, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas diberitahu neneknya, Wan Zaini Wan Abdullah, 60.
"Ketika itu saya sedang tidur, saya terkejut sebaik diberitahu ibu sudah meninggal dunia. Lebih mengejutkan saya ialah kematian ibu disebabkan ayah (tiri).
"Saya tak percaya kerana sepanjang tinggal bersama mereka, bapa tiri baik dengan arwah ibu walaupun ada masanya mereka bergaduh.
"Biasanya mereka bergaduh tak lama dan hubungan kembali baik.
"Kali ini saya tidak tahu apa yang berlaku sehingga ayah tergamak memukul ibu sehingga meninggal dunia," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, malam Rabu.
Hadir sama di pekarangan unit forensik itu ialah bapa Mohamad Daniel iaitu bekas suami arwah Rubiah, Mohd Radzi Aziz, 38, beberapa adik-beradiknya yang lain.
Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, walaupun ibunya telah berkahwin lain, mereka enam beradik masih tinggal bersama ibunya.
"Dia tak pernah berpisah dengan anak-anak. Walaupun sudah berkahwin lain, kami enam beradik semua tinggal bersama dia.
"Saya masih terkejut, masih sedih dan tidak sangka ibu ditimpa kejadian ini sepanjang ketiadaan saya," katanya.
Mohamad Daniel berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana ke Melaka untuk membantu ibu saudara dan neneknya berniaga nasi dagang di Bazar Ramadan Tangga Batu Perdana.
"Ketika kejadian adik lelaki saya, Mohammad Danish, 15, dan yang bongsu berusia tujuh tahun berada di sekolah manakala tiga lagi berada di rumah sepupu mereka," katanya.
Dia turut menzahirkan rasa terkilan kerana tidak sempat berjumpa arwah ibunya.
Mohamad Daniel berkata, dia bertolak ke Melaka tiga hari sebelum Ramadan dan berjanji dengan arwah ibu untuk pulang seminggu sebelum Aidilfitri.
"Selepas beritahu hasrat untuk ke rumah ibu saudara di Melaka, ibu pada mulanya tak benarkan saya pergi namun saya pujuk juga dia dengan alasan mahu cari wang untuk bantu adik-adik buat persiapan hari raya.
"Selepas itu, baru ibu benarkan saya pergi. Arwah banyak kali pesan supaya saya jaga diri sepanjang tinggal dengan ibu saudara dan nenek. Tak sangka itu pesanan terakhir," katanya.
Difahamkan, Allahyarham Rubiah mempunyai enam anak hasil perkahwinan terdahulu sebelum berpisah dengan suami pertama dan dikurniakan seorang anak berusia tiga bulan selepas berkahwin semula kira-kira setahun lalu.
Proses bedah siasat ke atas mayat wanita itu selesai tengah malam tadi dan dibawa ke Masjid Bukit Besi, Dungun untuk disembahyangkan pada pagi Khamis sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi kira-kira jam 11 pagi.
Pada Rabu, media melaporkan seorang wanita maut dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Besol, Bukit Besi, di Dungun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan wanita berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian muka.
Difahamkan, ketika kejadian hanya pasangan suami isteri itu serta seorang anak mereka berusia tiga bulan berada di rumah berkenaan.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 06 2023

MOHAMAD DANIEL: Saya tak percaya kerana sepanjang tinggal bersama mereka, bapa tiri baik dengan arwah ibu walaupun ada masanya mereka bergaduh. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Ayah tiri baik, tak sangka ibu maut dipukul'
Mohamad Daniel Mohd Radzi, 18, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas diberitahu neneknya, Wan Zaini Wan Abdullah, 60.