GEORGE TOWN: Walaupun diuji dengan kematian ayah ketika menduduki kertas peperiksaan akhir di Universiti Sains Malaysia (USM), tidak menghalang Na Yong Sik untuk terus fokus sehingga muncul sebagai penerima hadiah pingat emas Canselor sempena upacara Konvokesyen ke-59, USM yang bermula esok.
Na, 24, yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia berkata walaupun sedang bersedih dengan kematian ayahnya Na Chung Sheng, 49, akibat COVID-19, namun beliau tetap fokus dan melakukan yang terbaik ketika menduduki peperiksaan subjek Advance Process Safety secara dalam talian, pada pukul 3 petang, 21 Julai tahun lepas.
"Saya dihubungi abang memaklumkan mengenai kematian ayah akibat COVID-19 pada 5 pagi (21 Julai). Saya terus bersiap untuk pulang ke Klang, Selangor dengan memandu kereta dari sini (Pulau Pinang)...ketika itu hanya fikir untuk sampai ke rumah untuk bersama keluarga.
"Sebaik tiba (rumah) saya memutuskan untuk tetap menduduki peperiksaan akhir itu pada hari yang sama (kematian ayah) kerana saya dapat merasakan ia juga adalah kehendak ayah yang mahu anak-anaknya berjaya walaupun dia sudah tiada di sisi kami,'' katanya ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar sempena Upacara Konvokesyen ke-59 USM, di sini hari ini
Turut hadir Naib Canselor USM Datuk Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan penerima Anugerah Pelajaran DiRaja Oleh Majlis Raja-Raja Malaysia, bagi pelajar terbaik kategori bumiputera Syazwan Izman Shairunizam, 24.
Na yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik berkata beliau berjaya memperoleh A dalam subjek Advance Process Safety itu walaupun menduduki peperiksaan tersebut ketika menerima berita yang paling sedih di dalam hidupnya.
Beliau yang kini seorang jurutera di sebuah syarikat antarabangsa di Singapura berkata ayahnya pasti berbangga dan gembira dengan kejayaan beliau itu kerana sepanjang belajar di USM, mendiang ayah dan ibunya Tan Lih Cin, 48, sentiasa memberikan motivasi dan menjadi pemangkin kejayaannya hari ini.
"Ibu dan ayah tidak pernah memaksa kami untuk belajar dengan cemerlang sebaliknya apa yang mereka mahukan ialah anak-anak mereka gembira dengan apa yang dilakukan,'' katanya.
Sementara itu, Syazwan Izman yang kini bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang di Pulau Pinang berkata beliau tidak tertekan sepanjang belajar kerana aktif menjalankan aktiviti berpersatuan ketika di USM dan ia sebenarnya dapat membentuk pelajar lebih berkeyakinan ketika memasuki alam pekerjaan.
''Proses pembelajaran dan berpersatuan perlu seimbang kerana ia dapat menjadikan pelajar lebih berdaya saing dan kreatif dalam masa yang sama, saya berharap para pelajar yang masih berada di universiti dapat memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya,'' katanya.
Sementara itu, Faisal Rafiq berkata upacara konvokesyen di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) akan berlangsung selama 10 hari bermula esok, membabitkan 11 sidang.
"Seramai 6,706 graduan akan menerima ijazah masing-masing termasuk Ijazah Kehormat (dua), Profesor Emeritus (lima), Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana (2,231), Ijazah Sarjana Muda (4,475) dan Diploma Kejururawatan (50)," katanya.
Majlis konvoksyen USM kali ini akan dijalankan secara normal dengan kehadiran ibu bapa atau penjaga ke dalam dewan berbanding majlis Konvokesyen ke-58 pada Disember 2021, yang hanya graduan dibenarkan hadir susulan negara masih dilanda pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Na Yong Sik (kiri) bersama Syazwan Izman Shairunizam (kanan) ketika ditemui pada sidang media khas sempena istiadat Konvokesyen ke-59 USM di USM hari ini. - Bernama
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

Tun Ahmad Fuzi terima Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa USM
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa bersempena Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-62.

Bekas Menteri Pendidikan, Musa Mohamad, meninggal dunia
Allahyarham juga merupakan Naib Canselor USM ketiga dari tahun 1982 hingga 1995.

USM promosi program lepasan ijazah jalin kerjasama pendidikan Malaysia-Lubnan
Kedutaan Malaysia di Beirut komited untuk terus meningkatkan kerjasama pendidikan antara Malaysia dan Lubnan.

USM berjaya kekalkan status swaakreditasi
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

Makmal komputer di Kampus Kejuruteraan USM terbakar
Sebuah bilik makmal komputer di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) terbakar dan hampir musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.

KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM.

Burung pungguk jelapang hindari tikus perosak di ladang pertanian, sub bandar
Kajian yang dilakukan hampir di seluruh negara menunjukkan tahap kecekapan yang sangat tinggi dalam penggunaan burung pungguk jelapang.

PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.

PTPTN peruntuk RM231,000 bagi bantuan pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada pelajar USM
PTPTN telah memperuntukkan sebanyak RM231,000 kepada 462 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban kewangan pelajar berkenaan.

Burung Pungguk Jelapang bantu pekebun sawit kawal tikus
USM bersama BORG menjalankan program inisiatif Burung Pungguk Jelapang bagi membantu pekebun mengawal tikus di ladang mereka.