Seorang bapa dan anak lelakinya maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka merempuh belakang sebuah lori milik syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) di Kilometer 144.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Juru pada Jumaat.
Dalam kemalangan kira-kira jam 10.07 pagi itu , S Anbalagan, 46, dan anak lelakinya A Dineswaran, 24, maut di lokasi kerana mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika dua beranak itu yang dalam perjalanan dari Simpang Ampat menuju Juru merempuh belakang sebuah lori PROPEL yang berhenti menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan itu.
Akibat pelanggaran itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia.
Bagaimanapun seorang pekerja PROPEL yang berada di lokasi kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Aug 30 2019
Akibat pelanggaran itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto ihsan pembaca
Keputusan Bung Moktar kekal bebas atau perlu bela diri tuduhan rasuah ditentukan hari ini
Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad kekal bebas daripada tiga tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta, akan diputuskan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan hari ini.
Itali hantar 15 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kementerian Pertahanan.melaporkan, sebuah pesawat Tentera Udara Itali berlepas dengan membawa lebih 15 tan bantuan kemanusiaan untuk dihantar kepada penduduk di Gaza.
Konflik Asia Barat: Ketua media Hizbullah terbunuh dalam serangan Israel
Serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut membunuh Ketua Perhubungan Media Hizbullah Mohammad Afif, pada Ahad.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza
Malaysia dan Brazil mendesak gencatan senjata segera dan kekal di Gaza selain menuntut Israel memastikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik itu dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil teroka inisiatif kepimpinan ASEAN, BRICS
Malaysia dan Brazil secara bersama berminat untuk meneroka pelbagai inisiatif semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
XPDC gagal beraksi di UMK, sekretariat PESKOUMK'14 mohon maaf
Sekretariat PESKOUMK'14 berkata, kegagalan berbuat demikian dipercayai kerana salah faham berhubung isu permit hiburan.
Biden izinkan Ukraine guna peluru berpandu AS di Rusia
Presiden Amerika beri lampu hijau untuk Ukraine guna ATACMS dalam usaha tembusi Rusia.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Ayah dan anak maut motosikal rempuh lori PROPEL di Juru
Seorang bapa dan anak lelakinya maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka merempuh belakang sebuah lori milik syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL).