Golongan anti vaksin pelalian di dalam negara ini perlu sedar bahawa gerakan fahaman mengenai bahaya vaksin yang tersebar adalah merupakan sebahagian dari tipu helah dunia digital.
Malah kumpulan ini juga merupakan satu gerakan oleh mereka yang tidak arif mengenai hal perubatan, kata Perunding Pediatrik dan Neonatologi di KPJ Damansara Specialist, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.
“Sejak kewujudan vaksin, ia telah menimbulkan banyak persoalan dan tentangan sejak dahulu. Ia bermula semula, apabila pelakon Jenny McCarthy mendakwa vaksin telah menyebabkan anaknya menghidap autisme. Tanpa soal selidik, fahaman anti vaksin ini diambil serta ditokok tambah dengan pencarian yang tidak bertauliah di internet.
“Sedangkan di Denmark sahaja, mereka menggunakan dua juta kanak-kanak untuk mengkaji mengenai autisme yang mana hasil kajian mendapati risiko autisme boleh terjadi kepada kanak-kanak yang divaksin ataupun tidak.
“Malah di internet, jika pencarian mengenai vaksin dibuat, 80 peratus laman sesawang berkenaan ‘anti-vaksin’ akan timbul. Laman ini bukan sahaja memberi fahaman palsu dalam masa yang sama turut mengambil kesempatan menjual produk mereka,” jelasnya.
Usah ragu status halal
Dr Musa yang juga Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia dalam masa yang sama menasihati agar ibu bapa yang beragama Islam tidak meragui status halal suntikan imunisasi di negara ini.
“Perkara ini telah menjadi perdebatan 20 tahun antara ahli perubatan dan golongan cendikiawan agama. Akhirnya penggunaannya diharuskan oleh Kesatuan Ulama Sedunia.
“Jika Ulama pun sahkan halal, siapalah kita yang mahu menafikannya?” tegasnya yang turut menyatakan bahawa pengambilan vaksin adalah 'darurah' atau dalam situasi darurat.
Bahaya dan risiko tidak vaksin
Dr Musa berkata bahawa kanak-kanak yang tidak mengambil vaksin membawa risiko bukan sahaja kepada bayi terbabit tetapi juga kepada kepada bayi yang belum divaksinasi penuh atau kanak-kanak yang tidak boleh divaksinasi.
Antara kanak kanak yang tidak boleh menerima suntikan vaksin adalah kanak-kanak leukimia dan barah, yang di bawah pengambilan steroid dan ubat anti kanser serta kanak-kanak yang menghidap HIV Aids.
"Mereka yang enggan memberi vaksin kepada anak-anaknya bakal meningkatkan risiko seperti kewujudan semula penyakit yang sudah hilang.
"Pada masa sama, kalau anaknya menghidap demam campak dan bermain dengan anak yang menghidap leukimia, sekiranya berjangkit, anak yang mempunyai leukimia ini boleh meninggal dunia,” katanya.
BACA: Suntikan dos tambahan vaksin 5-serangkai bayi ditunda kepada 24 bulan
Ibu bapa anti vaksin yang sudah insaf
Bagaimanapun mana-mana ibu bapa yang bertukar fikiran dan mahu anak-anak mereka divaksin, masih boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.
Dr Musa berkata tiada masalah untuk perkara berkenaan walaupun anak-anak sudah membesar.
“Ibu bapa yang sudah sedar akan tanggungjawab mereka dan sebelum ini tidak pernah mengambil apa-apa imunisasi buat anak-anak mereka, boleh datang ke mana-mana pusat kesihatan.
“Tiada had umur ke atas anak-anak tersebut, jika mereka sudah berusia lima tahun dan ke atas misalnya masih sempat lagi untuk mendapatkan vaksin penuh,” katanya.
BACA: Kedah catat kes penolakan vaksin pelalian tertinggi
Pada Jumaat, Kedah dilaporkan mencatatkan kes penolakan vaksin pelalian tertinggi di negara ini dengan 318 kes dilaporkan pada 2015 berbanding 239 kes pada 2014, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail.
Kaji selidik mendapati faktor utama penolakan vaksin di negeri ini ialah meragui status halal vaksin (75.8 peratus), amalan homeopathy (18.6 peratus), tidak percaya kepada keberkesanan vaksin (0.9 peratus), kesan sampingan pada bayi (1.5 peratus), masalah sikap (2.5 peratus) dan masalah kewangan (0.6 peratus).
Azyyati Ahmad
Sat Jun 25 2016
![Awas tipu helah fahaman anti vaksin di dunia digital - Pakar Awas tipu helah fahaman anti vaksin di dunia digital - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61466817455_Vaccine.jpg)
Tiada masalah untuk mengambil vaksin penuh walaupun anak-anak sudah membesar. - Gambar hiasan
![Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723756131_AbangJohari.jpg)
Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN
Anugerah itu diberikan oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi ASEAN sebagai menghargai kepimpinan Premier Sarawak.
![MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723756219_AnthonyLoke.jpg)
MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
Setakat ini, MOT masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek.
![Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723694795_KemalanganMaut.jpg)
Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak
Siasatan awal di lokasi mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu wanita itu dari arah Kuala Kangsar menuju arah Manong.
![Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723759603_FadillahYusof.jpg)
Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah
Mesyuarat itu merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteri ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
![Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723734990_TBproton.jpg)
Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan
Proton X70 telah menjadi kegemaran ramai dengan jualan lebih 1,000 hingga hampir 2,000 unit sebulan.
![Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715438_Hajiji.jpg)
Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji akui terima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah.
![Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756957_TrelerterbakarTe.jpg)
Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.
![65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah 65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723721334_TBtabunghajijp.jpg)
65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah
Kaji selidik HLISB melibatkan 690 Muslim Malaysia berusia antara 18 dan 77 tahun, dengan purata pendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan.
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![Parlimen: 1.8 peratus penjawat awam masih degil, belum divaksinasi, tiada tindakan tatatertib Parlimen: 1.8 peratus penjawat awam masih degil, belum divaksinasi, tiada tindakan tatatertib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608798668_DatukDrAbdLatiff.jpg)
Parlimen: 1.8 peratus penjawat awam masih degil, belum divaksinasi, tiada tindakan tatatertib
Kira-kira 1.8 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam di Malaysia dilaporkan masih degil atau belum menerima suntikan vaksin COVID-19.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632673601_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Anti-vaksin: Khairy gesa laporan dibuat terhadap pengguna Twitter @khalids Anti-vaksin: Khairy gesa laporan dibuat terhadap pengguna Twitter @khalids](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633688287_KhairyJamaluddi.jpg)
Anti-vaksin: Khairy gesa laporan dibuat terhadap pengguna Twitter @khalids
Khairy telah meminta laporan PDRM dan MCMC dibuat terhadap seorang pengguna Twitter atas penyebaran berita palsu berhubung vaksin COVID-19.
![Bekas ahli farmasi dihukum penjara rosakkan vaksin COVID-19 Bekas ahli farmasi dihukum penjara rosakkan vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623195764_StevenBrandenburg.jpg)
Bekas ahli farmasi dihukum penjara rosakkan vaksin COVID-19
Brandenburg mengaku sengaja membuang dos vaksin Moderna daripada peti sejuk di Pusat Perubatan Aurora di Grafton.
![Anti-vaksin: Kerajaan perlu lebih tegas, undang-undang jalan terbaik - Pakar Anti-vaksin: Kerajaan perlu lebih tegas, undang-undang jalan terbaik - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605235285_Vaccine.jpg)
Anti-vaksin: Kerajaan perlu lebih tegas, undang-undang jalan terbaik - Pakar
Pelbagai peruntukan undang-undang ketika ini wujud yang membolehkan pendakwaan dilakukan terutama berkait penyebaran berita palsu dan sebagainya.
![COVID-19: Bakal wajibkan penumpang ambil vaksin, Qantas 'diserang' golongan antivaksin COVID-19: Bakal wajibkan penumpang ambil vaksin, Qantas 'diserang' golongan antivaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600337761_Qantas.jpg)
COVID-19: Bakal wajibkan penumpang ambil vaksin, Qantas 'diserang' golongan antivaksin
Puluhan ribu anti-vaksin 'mensabotaj' poll atas talian, mengatakan mereka lebih rela melupakan rancangan pelancongan sekiranya dikehendaki mengambil vaksin.
![Facebook larang iklan anti-vaksin Facebook larang iklan anti-vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602652821_Vaccine.jpg)
Facebook larang iklan anti-vaksin
Langkah itu sebahagian daripada usaha Facebook untuk mengekang penularan maklumat palsu berhubung vaksin menjelang musim influenza.
![Jangan dengar cakap golongan anti vaksin - Tun Dr Siti Hasmah Jangan dengar cakap golongan anti vaksin - Tun Dr Siti Hasmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81552039812_tunhasmah.jpg)
Jangan dengar cakap golongan anti vaksin - Tun Dr Siti Hasmah
Tun Dr Siti Hasmah Ali mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mendengar sebarang kempen mengelirukan daripada golongan anti-vaksin.
![Wabak penyakit meruncing seluruh dunia, tiada vaksin antara faktor Wabak penyakit meruncing seluruh dunia, tiada vaksin antara faktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61551234798_Vaccine.jpg)
Wabak penyakit meruncing seluruh dunia, tiada vaksin antara faktor
Penyakit berjangkit seperti campak, denggi, dan chikungunya naik secara mendadak di beberapa negara kerana terdapatnya gerakan anti-vaksin.
![Awas tipu helah fahaman anti vaksin di dunia digital - Pakar Awas tipu helah fahaman anti vaksin di dunia digital - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61466817455_Vaccine.jpg)
Awas tipu helah fahaman anti vaksin di dunia digital - Pakar
Mana-mana ibu bapa yang bertukar fikiran dan mahu anak-anak mereka divaksin, boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.