Selain mengawasi harga barangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga akan memastikan bekalan barangan asas terkawal untuk rakyat seperti petrol, diesel, gula, tepung gandum dan minyak masak sentiasa konsisten dan tidak pernah putus.
Berkongsi peranan KPDNHEP bersama Bernama dalam satu temubual baru-baru ini, Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Muez Abd Aziz berkata harga barang sentiasa menjadi keutamaan pengguna namun perihal bekalan barangan sama ada mencukupi atau sebaliknya kurang medapat perhatian.
“Kalau bekalan itu tidak ada macamana?" kata Muez ketika melontarkan pandangan mengenai tanggungjawab dan cabaran KPDNHEP untuk memastikan kesejahteraan pengguna dan rakyat.
Berkongsi kaedah bagi memastikan bekalan yang konsisten, dengan memberikan contoh jika stok tepung terputus, Muez berkata KPDNHEP mempunyai kuasa untuk mengimport barangan itu bagi mengatasi masalah tersebut.
Berkaitan bekalan minyak petrol pula, stesen minyak yang terputus bekalan atau menutup operasi tanpa memaklumkan kepada KPDNHEP adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, di mana boleh dikenakan kompaun atau ditarik lesen operasi, katanya.
Muez turut berkongsi usaha mengawal harga dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup melalui inisiatif Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang telah ditambah baik menerusi tempoh pelaksanaannya dipanjangkan pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidifitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.
Soalan: Apakah impak SHMMP kepada pengguna
Jawapan: Pemanjangan tempoh pelaksanaan skim telah memberi impak positif kepada pengguna di mana mereka dapat membeli barangan dengan kadar harga patut semasa menjelang perayaan, semasa perayaan dan selepas perayaan dalam tempoh yang lebih lama. Ini secara tidak langsung pengguna dapat menjimatkan wang semasa sesuatu perayaan tersebut.
S: Apakah yang dicapai dalam pelaksanaan SHMMP
J: Sepanjang pelaksanaan skim ini pada tahun 2019, sebanyak 128,085 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara merangkumi 3,116 pemeriksaan ke atas premis borong dan 124,969 ke atas premis runcit.
Sebanyak 46 aduan diterima dan 726 tindakan telah diambil terhadap peniaga yang ingkar dengan melibatkan rampasan bernilai RM86,349.41 serta jumlah kompaun sebanyak RM88,500 telah dikeluarkan.
S: Apakah tindakan ke atas peniaga yang sengaja menaikkan harga untuk membuat keuntungan tinggi yang berlebihan
J: Tindakan tegas akan diambil kepada peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan tindakan penalti bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum dan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal.
Muez turut berkongsi mengenai usaha kerajaan mengawal harga barang asas seperti gula dan tong gas petroleum cecair (LPG) seberat 12 kilogram.
Dengan melakukan perbandingan harga di Malaysia dan Hanoi, Vietnam, menurut Muez harga satu tong LPG 12kg di Malaysia adalah RM22.80 manakala di Hanoi harganya harga boleh mencecah RM70 satu tong.
Gula di Hanoi pula harganya adalah RM5 sekilogram berbanding di Malaysia RM2.85 sekilogram.
Dalam pada itu, Muez berkata KPDNHEP juga berusaha menaikkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa termasuk meminda beberapa akta untuk mematuhi piawaian antarabangsa serta menguatkuasakan Akta Cap Dagangan 2019 bagi menggantikan Akta Cap Dagangan 1976 (Akta 175).
Muez berkata Akta Cap Dagangan 2019 yang diluluskan Julai lepas antara lain membolehkan Malaysia menyertai Protokol Madrid bagi memudahkan usahawan tempatan membuat pendaftaran jenama produk dengan “one single filing” serta mendapatkan perlindungan jenama di 122 negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Brazil.
"Ini mengurangkan kos serta menudahkan cara menjalankan perniagaan, dan juga dapat menarik pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia," katanya, sambil menambah bahawa Malaysia adalah ahli ke-106 dalam Protokol Madrid.
Muez berkata pada tahun depan pula, pindaan akan dibuat untuk dua akta iaitu Hak Cipta dan Paten bagi mematuhi Perjanjian Budapest dan Perjanjian Marrakesh supaya Malaysia setanding dengan negara lain dari segi perlindungan harta intelek (IP).
“Kesemua inisiatif ini adalah untuk menjadikan kerajaan ini mesra perniagaan kerana dengan meminda undang-undang yang lama dan tidak relevan bukan sahaja membantu masyarakat perniagaan malah mampu merancakkan perniagaan dan pasaran domestik,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 22 2019
Muez turut berkongsi mengenai usaha kerajaan mengawal harga barang asas seperti gula dan tong gas petroleum cecair (LPG) seberat 12 kilogram. - Gambar fail
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
Beri kelonggaran aktiviti jualan kepada pasaraya terpilih - BRO
Ameer Ali berkata, ini bagi memberi peluang kepada masyarakat membuat persediaan dan mendapatkan barangan tertentu.