KUALA LUMPUR: Hentakan ladam kuda daripada baka cold blood yang gagah, cantik dan tenang bakal menyerikan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini, pada 31 Ogos nanti.
Pasangan kuda jantan 'Autumn' dan kuda betina 'Summer', dipilih daripada 23 kuda dari Skuadron Istiadat Berkuda (SIB) Kor Armor Diraja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membawa Kereta Kuda Diraja sempena memperingati dan meraikan hari bersejarah negara.
Apa yang menarik, Kereta Kuda Diraja kali terakhir digunakan pada 17 tahun lepas semasa mengiringi Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 2005.
Pegawai Memerintah Skuadron Istiadat Berkuda (SIB), Lt Kol Norman Mohd Sarip berkata, pasukannya yang terdiri daripada 26 kuda, 26 penunggang (termasuk tiga simpanan) serta 13 syces (pembantu) menjalani latihan rapi dalam memastikan proses perjalanan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri dengan menaiki Kereta Kuda Diraja berjalan lancar semasa sambutan Hari Kebangsaan 2022, Rabu ini.
"Kami ditugaskan untuk membawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri bermula dari Bank Negara sehingga ke pentas utama yang jaraknya kira-kira 650 meter dengan menggunakan Kereta Penarik Diraja," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata bagi memastikan sambutan itu berjalan lancar, beberapa perkara harus dilakukan termasuk penyelenggaran kereta penarik itu dengan sebaiknya selain memastikan kuda serta penunggang berada dalam keadaan tenang dengan mengadakan latihan selama sebulan.
"Dalam tempoh itu, kita mengadakan latihan secara berkumpulan dan individu bersama kuda supaya kedua-duanya mengenali dan mudah komunikasi antara satu sama lain," katanya.
Norman berkata, kuda adalah haiwan yang agak sensitif, sentiasa rasa terancam dan bagi mengatasi masalah itu, pelbagai persediaan dibuat termasuk mengibarkan bendera di hadapan kuda tersebut serta membiasakan ia dengan keadaan bising.
Selain itu, beliau berkata, pemilihan anggota juga perlu dititikberatkan dalam mendapatkan keserasian antara penunggang dan kuda dan antara kriteria yang diteliti terhadap anggota SIB adalah ketinggian, keterampilan, tahap keyakinan serta minat dalam mengendalikan haiwan berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Waren 1, Norazmi Abdullah yang akan mengendalikan dan melatih pasangan Autumn dan Summer itu berkata, ini adalah pengalaman pertama beliau menjadi pemandu Kereta Kuda Diraja yang akan membawa Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, sepanjang 21 tahun berkhidmat dalam ATM.
Menurutnya, perasaan teruja itu tidak dapat disembunyikan apabila beliau sering meluangkan masa melatih dan membiasakan diri bersama dua ekor kuda yang akan terbabit dalam sambutan itu.
"Sudah tentu saya berasa bangga apabila diberi peluang seperti ini dan akan menjadi pengalaman tidak akan dilupakan," katanya.
Hari Kebangsaan 2022 yang bertema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' bakal disambut Rabu ini seawal 7 pagi di Dataran Merdeka secara besar-besaran dengan sasaran pengunjung seramai 50,000. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022

Norazmi Abdullah (kiri) memeriksa Kuda Penarik Diraja sebelum memulakan latihan sebagai persiapan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Padang Merbok, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Gambar BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Autumn, Summer dipilih bawa pasangan diraja pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022
Kereta Kuda Diraja kali terakhir digunakan pada 17 tahun lepas semasa mengiringi Tuanku Syed Sirajuddin sempena sambutan Hari Kebangsaan 2005.