Hari ini dalam sejarah. Proses pembebasan akademik secara total mula direalisasikan oleh kerajaan yang baharu melalui Kementerian Pendidikan Malaysia susulan pindaan terhadap tiga akta berkaitan, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Rang undang-undang dimaksudkan diluluskan Dewan Rakyat malam tadi. Pindaan yang melibatkan Seksyen 10(2)(c), Seksyen 15(2)(c) dan Seksyen 47(2) adalah berkenaan penglibatan pelajar dalam aktiviti politik di dalam mahupun di luar kampus.
Mahasiswa mengambil ini sebagai satu langkah permulaan yang baik dalam mereformasikan institusi pendidikan di Malaysia walaupun terdapat beberapa lagi kekurangan dan masih lagi wujud akta-akta yang menyekat dan membelenggu mahasiswa, namun usaha murni yang dilakukan menteri wajar diberikan pujian dan kita percaya ini hanyalah permulaan ataupun sebahagian kecil daripada reformasi pendidikan yang melibatkan pelbagai aspek.
Langkah kanan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan hari ini walaupun baru memerintah selama enam bulan diharapkan konsisten dan tidak hanya untuk meraih sokongan mahasiswa semata-mata dan untuk kepentingan atau ‘survival politics’ sahaja.
Rata-rata mahasiswa mengharapkan kerajaan menjaga dan menjamin hak mahasiswa dan warga pendidik selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Pindaan ini sangatlah memberi impak yang besar kepada landskap sosial dan politik negara, terutamanya dalam kalangan mahasiswa sendiri.
Kesediaan mahasiswa dalam menghadapi pindaan ini sepatutnya tidak dipersoalkan dan diragukan lagi kerana sudah 47 tahun lamanya mahasiswa berjuang untuk pembebasan akademik dan autonomi mahasiswa.
Saya yakin mahasiswa hari ini cukup cekap dan matang berhubung soal hak dan kepentingan mereka dalam negara ini.
Persoalannya adakah dengan pindaan ini mahasiswa akan mengabaikan akedemik? Ini adalah antara contoh persepsi atau stigma yang ditanam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke dalam masyarakat awam atau masyarakat luar terhadap penuntut universiti seolah-olah pelajar terlalu sibuk untuk berpolitik sehingga lupakan pelajaran.
Dalam isu ini, mahasiswa perlu bersama dan bersatu dalam menangkis hujah yang tidak logik dan tidak berasas ini. Kita ambil contoh negara-negara Eropah yang mempraktikkan amalan politik dalam dan luar kampus dan lihat pula impaknya yang positif kepada pembangunan nilai masyarakat dan negara mereka.
Ini akan mewujudkan masyarakat yang cakna dan peka terhadap pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara.
Pindaan yang dilakukan ini juga akan membentuk satu medan intelektual yang bakal dirasai oleh mahasiswa secara langsung dan dengan itu mahasiswa dapat menilai dan mengkaji sendiri tentang apa yang benar dan apa yang salah tanpa ada halangan dan diskriminasi dari pihak-pihak tertentu.
Walau bagaimanapun, kebebasan yang diberikan perlu digunakan sebaiknya dengan penuh tanggungjawab dan amanah supaya ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Mahasiswa juga masih lagi terikat dengan undang-undang negara dan tidak boleh sewenang-wenangnya menjadikan pindaan akta ini sebagai senjata untuk melakukan sesuatu yang radikal yang boleh mendatangkan perkara negatif kepada negara terutamanya.
Besar harapan saya untuk melihat mahasiswa kembali bersatu hati dalam menuntut dan menjaga hak-hak kita sebagai seorang mahasiswa dan saya yakin dan percaya mahasiswa hari ini sangat rasional dan progresif dalam mendepani isu-isu semasa.
Usaha yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berhubung soal pembebasan akademik walaupun masih lagi tidak menyeluruh namun, ia wajar disokong oleh semua mahasiswa dan saya yakin dan percaya pembebasan akademik secara total akan dilakukan dalam masa terdekat dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan terutamanya dalam sektor pendidikan.
_____________________________________________________________________________________
Ahmad Suffian Mohd Dalizan adalah Ketua Perhubungan Mahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar 18/19, Universiti Sultan Zainal Abidin.
Ahmad Suffian Mohd Dalizan
Tue Dec 11 2018
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.