KUALA LUMPUR: Penyaluran dan penggunaan sumbangan bantuan penyelenggaraan kepada Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) perlu melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Daerah (JPD) dan tidak boleh dikemukakan secara terus oleh pihak sekolah bagi memastikan penilaian teknikal dan kos munasabah.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2020, permohonan pada tahun tersebut tidak dibuat melalui JPN bertujuan untuk mempercepatkan proses kelulusan dan penyaluran sumbangan bantuan yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan kerana kos perolehan melebihi kos yang sepatutnya.
"Semakan Audit terhadap 43 sampel mendapati kesemua permohonan sumbangan bantuan penyelenggaraan yang dikemukakan oleh sekolah tidak melalui JPN dan proses penilaian teknikal tidak dilaksanakan oleh JPN.
"Penilaian teknikal dan kajian pasaran tidak dibuat menyebabkan berlaku perbezaan harga berjumlah RM1.25 juta antara harga perolehan berbanding anggaran harga semasa," menurut laporan yang dikeluarkan hari ini.
Selain itu, laporan itu juga mendapati sejumlah RM130,000 dibayar bagi kerja yang tidak dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kampung Baru, RM390,000 bagi skop kerja yang tidak diluluskan di tiga SBK serta sejumlah RM410,000 bagi kerja yang tidak sempurna atau tidak menepati spesifikasi di dua SBK.
Laporan itu turut mengesyorkan Kementerian Pendidikan (KPM) menyemak dengan teliti permohonan bagi memastikan hanya skop kerja penyelenggaraan yang dibenarkan dalam garis panduan sahaja yang boleh diluluskan selain mendapat kelulusan khas Bahagian Pengurusan Aset KPM.
Syor lain termasuk menambah baik garis panduan sedia ada dan meningkatkan pemahaman pegawai yang terlibat dan pihak berkepentingan bagi menjamin pengurusan sumbangan yang lebih teratur bagi memudahkan pemantauan dan mendapatkan nilai terbaik.
Audit juga mengesyorkan agar KPM memastikan mekanisme pemantauan yang ditetapkan, dikemukakan oleh pihak sekolah bagi tujuan penilaian berterusan terhadap pelaksanaan projek.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Penyaluran dan penggunaan sumbangan bantuan penyelenggaraan kepada SBK tidak boleh dikemukakan secara terus oleh pihak sekolah. - Gambar hiasan
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Audit: Permohonan bantuan penyelenggaraan sekolah perlu melalui JPN
Tidak boleh dikemukakan secara terus oleh pihak sekolah bagi memastikan penilaian teknikal dan kos munasabah.