Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan mengeluarkan beberapa produk termasuk penutup hidung dan mulut dengan tulisan 'Operasi Penawar' lengkap dengan logo pasukan keselamatan untuk dijual kepada orang awam.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya mengesan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menjual produk berkenaan yang memaparkan logo ATM serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara dalam talian.
"ATM tidak mengeluarkan produk baju dan topeng muka (penutup hidung dan mulut) memaparkan nama 'Operasi Penawar' serta mengguna pakai logo ATM-PDRM yang dijual melalui laman jualan dalam talian dan media sosial.
"Ditegaskan, mana-mana pihak tidak boleh mengeluarkan, menjual, membeli dan menggunakan sebarang produk yang memaparkan nama 'Operasi Penawar' dan logo ATM-PDRM tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Affendi berkata, pihak terbabit cuba mengambil kesempatan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah produk tersebut boleh disalah guna oleh individu atau pihak tertentu untuk mengelirukan orang awam.
"Pada masa sama, ia mencemarkan nama baik dan peranan kedua-dua pasukan keselamatan ini yang tidak berteraskan sebarang keuntungan perniagaan," jelasnya.
Afiezy Azaman
Mon Apr 13 2020
![ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586744060_ATMNAFIPRODUK.jpg)
Antara produk yang menggunakan nama operasi dan logo ATM dan PDRM yang dikesan di dalam talian.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Peruntukan tambahan RM200 juta diguna baiki kerosakan dalam rumah anggota tentera Peruntukan tambahan RM200 juta diguna baiki kerosakan dalam rumah anggota tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689936957_AffendiBuang.jpg)
Peruntukan tambahan RM200 juta diguna baiki kerosakan dalam rumah anggota tentera
Peruntukan tambahan RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota ATM, akan digunakan bagi pembaikan kerosakan rumah anggota.
![Pasukan Starlight II selamat tiba di tanah air Pasukan Starlight II selamat tiba di tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81680038933_HospitalMedanMalay.jpg)
Pasukan Starlight II selamat tiba di tanah air
Sepanjang tempoh operasi, Hospital Medan Malaysia telah merawat seramai 2,415 pesakit termasuk 83 kes pembedahan.
![Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674815481_AbdulRahmanAyob.jpg)
Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.
![Tiada kompromi anggota terlibat jenayah, langgar disiplin - Panglima ATM Tiada kompromi anggota terlibat jenayah, langgar disiplin - Panglima ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640244603_PanglimaAngkatanT.jpg)
Tiada kompromi anggota terlibat jenayah, langgar disiplin - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan 20 anggotanya disiasat polis berhubung dua kes rompakan di Semporna, Sabah pada 15 dan 18 Ogos lepas.
![SKN 2.0 dilancar, jadi dokumen strategi terkini ketenteraan SKN 2.0 dilancar, jadi dokumen strategi terkini ketenteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664170715_AffendiBuang.jpg)
SKN 2.0 dilancar, jadi dokumen strategi terkini ketenteraan
Panglima Angkatan Tentera melancarkan dokumen Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 yang menjadi dokumen strategi terkini yang relevan, berkesinambungan dan praktikal.
![Bajet 2023: Bajet pertahanan perlu ditingkatkan 1.5 peratus daripada KDNK - PAT Bajet 2023: Bajet pertahanan perlu ditingkatkan 1.5 peratus daripada KDNK - PAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636471869_TBAFFENDIBUANG.jpg)
Bajet 2023: Bajet pertahanan perlu ditingkatkan 1.5 peratus daripada KDNK - PAT
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 peratus peruntukan daripada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi memastikan kesiapsiagaan aset pertahanan pada tahap tertinggi.
![LIMA bakal buat kemunculan semula secara besar-besaran tahun depan - Affendi LIMA bakal buat kemunculan semula secara besar-besaran tahun depan - Affendi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640242645_PanglimaAngkatanT.jpg)
LIMA bakal buat kemunculan semula secara besar-besaran tahun depan - Affendi
Malaysia yakin LIMA 2023 bakal menjadi acara paling popular di rantau ini selepas edisi terakhir LIMA atau LIMA 19.
![DEFTECH, FNSS Turki lanjut kerjasama bekal kenderaan perisai kepada Malaysia DEFTECH, FNSS Turki lanjut kerjasama bekal kenderaan perisai kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648598873_FNSS.jpg)
DEFTECH, FNSS Turki lanjut kerjasama bekal kenderaan perisai kepada Malaysia
DEFTECH telah bekerjasama dengan FNSS sejak 2011, bermula daripada pembekalan AV8 Gempita kepada Tentera Darat Malaysia.
![Perlu keseimbangan antara tugas utama ATM dan peranan dalam CIMIC - Panglima ATM Perlu keseimbangan antara tugas utama ATM dan peranan dalam CIMIC - Panglima ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648589084_ForumPutrajaya.jpg)
Perlu keseimbangan antara tugas utama ATM dan peranan dalam CIMIC - Panglima ATM
Pertimbangan sewajarnya juga diberikan untuk melaksanakan peranan menangani cabaran keselamatan bukan tradisional yang dihadapi negara.
![Lebih 700 anggota, keluarga ATM terjejas banjir terima sumbangan kerajaan UAE Lebih 700 anggota, keluarga ATM terjejas banjir terima sumbangan kerajaan UAE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640855060_TBAFFENDIBUANG.jpg)
Lebih 700 anggota, keluarga ATM terjejas banjir terima sumbangan kerajaan UAE
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata sumbangan berkenaan disampaikan Duta Emiriah UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith.