Astro Malaysia Holdings Bhd hari ini melancarkan 11 saluran baharu dan lima lagi pakej baharu.
Saluran baru tersebut adalah saluran Melayu Astro Maya HD, saluran Hokkien Astro Hua Hee Dai HD, saluran Mandarin Astro Quan Jia HD, dan saluran-saluaran Tamil Raj TV, Kalaignar TV, Jaya TV, Vijay TV dalam Pakej Chakravathy.
Juga diperkenalkan dua lagi saluran sukan Astro SuperSport 3 HD, Astro SuperSport 4 serta saluran gaya hidup Lifetime SD.
Dengan pertambahan ini, menjadikan jumlah keseluruhan saluran Astro kini 170 saluran. Daripada jumlah ini, 37 saluran adalah dalam format HD.
Ketua Pegawai Komersial Astro Liew Swee Lin berkata: “Kami komited menyampaikan pengalaman pengguna dan tontonan terbaik kepada 3.58 juta pelanggan Astro yang kian meningkat dengan memberikan lebih banyak pilihan kandungan pada lingkungan harga yang lebih luas bagi memenuhi kehendak pelanggan.”
Pelanggan Astro boleh memilih daripada lebih 20 pakej untuk disesuaikan dengan keperluan tontonan dan bajet mereka.
“Para pelanggan kami pastinya akan lebih gembira kerana kini mereka dapat menikmati program-program kegemaran mereka dalam format Definisi Tinggi (HD) melalui pek baru Family HD dengan 40 saluran SD dan 11 saluran HD pada harga RM49.95,” kata Liew.
Selain daripada pek asas, Astro turut memperkenalkan Value Pack yang dinamakan Pek Nilai, Pek Naama dan Pek Wah dalam format HD berharga RM75 setiap satu.
“Para pelanggan Value Pack juga boleh menambah saluran genre yang lain ke dalam Pek Nilai mereka seperti Sukan dan Filem dengan bayaran tambahan sebanyak RM25 setiap satu ataupun Pek Mini dengan bayaran tambahan sebanyak RM12 setiap satu.”
Pada masa sama, Ketua Pegawai Operasi Astro Henry Tan, berkata, “Kami amat komited dalam melakukan pembaharuan terhadap kandungan kami untuk menarik perhatian penonton bukan sahaja di kaca televisyen tetapi juga melalui pengalaman 360° merangkumi di ruang udara, melalui acara lapangan dan dalam talian.
Tan juga mengumumkan bahawa para pelanggan perkhidmatan bebas langganan, NJOI akan dapat menikmati tiga lagi saluran tambahan iaitu NTV7, 8TV and TV Al Hijrah. Ini sekaligus menjadikan jumlah saluran NJOI yang ditawarkan 22 saluran kesemuanya.
Astro Awani
Tue Jun 18 2013
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Astro, Premier League perangi cetak rompak dengan kempen 'Boot Out Piracy'
Astro dan Premier League mengambil peluang untuk sekitar menekankan isu kritikal perihal cetak rompak digital melalui kempen 'Boot Out Piracy'.
The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa
Astro Malaysia Holdings Bhd terus mengorak kejayaan sebagai syarikat penyedia kandungan dan hiburan terkemuka negara, apabila dinobatkan sebagai Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa.
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Akibat penyiaran haram, syarikat rangkaian restoran nasi kandar bayar pampasan RM221,000 kepada Astro
Thaqwa telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.