Kemenangan berkenaan diraih menerusi kategori media - Liputan Isu dan Krisis (media penyiaran) dan Astro AWANI menerima kesemua anugerah emas, perak dan gangsa.
Liputan televisyen berjudul, Pulau Haba, Kemelut Iklim Yang Kian Mencengkam Kuala Lumpur telah meraih anugerah emas dalam kategori ini.
Dalam kategori yang sama laporan khas televisyen berjudul Hari Harimau Sedunia mampu meraih pingat perak dan pingat gangsa pula diperoleh melalui liputan televisyen berjudul Hentian Duta, Adakah Akan Senasib Selerti Hentian Puduraya?
Bagi kategori merangkumi Tanggungjawab Sosial (Media Penyiaran) laporan televisyen khas berjudul PHD Dari Tirai Emas muncul unggul selepas berjaya meraih pingat emas. Laporan khas televisyen berjudul Warga Emas Daif Tinggal Sendirian pula berjaya meraih anugerah perak.
Selain anugerah media, Astro turut meraih dua anugerah Dalan kategori Pelancaran Prodük (emas) dan Pelancaran Konsumer (gangsa).
Antara tetamu khas yang hadir ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Shariff.
Majlis tahunan ini berlangsung di sebuah hotel di ibu negara dan dihadiri kira-kira 500 orang pengamal media dan profesional dari pelbagai agensi perhubungan awam.