Sambutan hari guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei setiap tahun pasti mengimbau kembali suka-duka dan pahit manis sewaktu di alam persekolahan.
Guru merupakan insan yang berusaha keras bagi memberi kefahaman dan pendidikan kepada pelajar yang masih mentah dan serba kekurangan dalam mengenali dunia yang serba luas.
Tema sambutan hari guru tahun ini "Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda" pastinya membawa seribu pengertian kepada guru yang masih berkhidmat apatah lagi dengan penambaikan yang dilakukan oleh Perdana Menteri bagi membela nasib guru yang penuh dengan cabaran.
Lain pula ceritanya kepada guru kelainan upaya atau guru OKU yang pastinya berdepan dengan 1001 dugaan dan cabaran yang lebih menduga berbanding guru yang dikurniakan pancaindera yang sempurna.
Sempena sambutan Hari Guru 2013, Astro Awani berpeluang menemubual tiga guru OKU bagi memahami aspirasi, cabaran dan perspektif dari kaca mata seorang guru OKU.
Tiga guru bersemangat waja itu adalah Shamsul Anuar Amat Kasi, Mohd Huzaire bin Ahmad dan Katijah Abu Samah.
Penerima Anugerah Johan Guru Cemerlang OKU 2009, Shamsul Anuar Amat Kasi, 42, tidak pernah menyangka pengucapan seorang doktor yang memberitahu bahawa beliau akan hilang penglihatan sepenuhnya pada suatu hari nanti benar-benar menjadi kenyataan.
"Saya dah tahu akan buta pada usia 15 tahun tetapi sukar saya percayai kerana pada waktu itu saya dapat melihat seperti biasa. Namun doktor sendiri tidak memberitahu bila saya akan buta," jelas guru berkelayakan Sarjana Ilmu Pendidikan Kaunseling dari Universiti Terbuka Malaysia.
Guru cemerlang bimbingan dan kaunseling Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan itu disahkan buta pada tahun 2004 setelah lima tahun disahkan menjadi guru.
Menurut beliau saat yang paling menduga dirinya sebagai OKU adalah apabila beliau diletakkan di bawah pengawasan Lembaga Perubatan selama enam bulan.
"Dengan izin pengarah pelajaran pada ketika itu dan juga sokongan unit perkhidmatan PPD, saya dibenarkan mengikuti skim latihan dan pemulihan di Persatuan Orang Buta Malaysia bagi mengikuti latihan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Saya dapat menamatkan kursus dua tahun itu hanya selama enam bulan," jelas Shamsul yang kini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Berdasarkan pengalamannya itu, Shamsul meminta pada masa akan datang agar pihak penilai dapat mengenalpasti kebolehan dan semangat juang guru OKU agar dapat maju seiring guru normal.
"Saya tak salahkan mereka yang meminggirkan saya kerana kurang diberi pendedahan. Usaha pemulihan perlu diberi kepada golongan OKU agar mereka dapat berkerjaya sama seperti yang lain," ujar Shamsul.
Guru yang pernah berkhidmat sebagai perunding hartanah itu meminta pihak kerajaan agar melantik seorang pegawai rujukan khusus bagi golongan OKU.
"Bagaimana orang biasa dapat melihat aspirasi OKU? Ini satu silang budaya yang harus difikirkan dan ditimbang sama-sama,"
Shamsul berpendapat guru OKU penglihatan wajar dibekalkan komputer riba bagi membolehkan integrasi pendidikan murid perdana. Ini kerana guru OKU tidak semestinya mengajar murid pendidikan khas, ada di antara mereka dikehendaki mengajar murid-murid perdana.
"Guru OKU terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membeli komputer riba sedangkan mereka berkhidmat untuk kerajaan.
"Kami juga tidak menggunakan buku rekod jadi komputer riba merupakan tempat kami menyimpan dokumen," kata guru yang pernah menuntut di Institut Perguruan Guru Raja Melewar, Negeri Sembilan.
Lain pula ceritanya bagi Mohd Huzaire bin Ahmad, 37, seorang guru OKU berkerusi roda. Beliau merupakan Pengerusi Orang Cacat Bentong dan telah menerima Anugerah Guru Cemerlang OKU peringkat kebangsaan pada tahun 2010.
Menurut Huzaire perkara yang menduga kerjaya beliau sebagai seorang guru ialah sewaktu pihak sekolah menyambut ketibaannya.
"Pengajaran di kelas mungkin tidak bermasalah namun bagaimana jika terlibat dengan aktiviti luar seperti perkhemahan dan sukan. Semua halangan tersebut saya tempuh dengan baik.
"Antara permasalahan lain ialah prasarana seperti trek kerusi roda dan tandas OKU. Saya juga pernah ditempatkan di kuarters yang kurang mesra OKU namun segalanya diselesaikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri," jelas Huzaire.
Guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2 di Karak, Pahang itu memberitahu peranan guru OKU penting bagi menangkis tangkapan negatif masyarakat serta sumbangan tenaga dan buah fikiran kepada nusa dan bangsa.
"Sebagai contoh ramai yang tidak menyangka meskipun saya berkerusi roda, saya masih mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada setiap hujung minggu.
"Ramai juga bertanya rahsia kegigihan saya menghadirkan diri ke kelas dan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan malah saya masih sempat mengiringi pasukan sukan sekolah," kata guru yang telah mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu.
Huzaire juga menegaskan bahawa dia tidak membataskan potensi dirinya bagi menambah peluang pendidikan sedia ada.
"Saya berjumpa dengan guru muzik dari sekolah lain bagi sama-sama berkongsi pengalaman. Selain itu, saya juga mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menuntut di sekolah muzik swasta di Kuala Lumpur.
Pembimbing johan kumpulan nasyid peringkat daerah Bentong itu memberitahu keperluan terpenting golongan OKU ialah peralatan. Kerusi roda yang agak ringan harganya terlalu mahal dan menjadi kekangan kepada guru OKU.
"Kerusi roda khas yang mampu diangkat sendiri oleh OKU boleh mencecah hingga RM15 ribu. Saya hanya menggunakan kerusi roda buatan China yang berharga RM800 bagi aktiviti harian.
"Bila bergaul dengan rakan OKU lain ada yang bertanya mengapa seorang guru tidak mampu mendapatkan kerusi roda yang baik.
"Ramai yang tidak menyedari bahawa kewangan kami sebahagiannya adalah untuk sekolah. Kami tidak berkira. Bagi saya 10 peratus pendapatan guru memang untuk murid-muridnya," jelas Huzaire.
Graduan Maktab Perguruan Seri Pinang itu turut meminta agar pihak kerajaan memberi pengiktirafan seperti kenaikan pangkat dan elaun khas. Dengan adanya elaun tersebut dapatlah guru OKU memberi kelengkapan dan perubatan.
Penerima Anugerah Tokoh OKU 2010 peringkat Negeri Sembilan Khatijah Abu Samah, 37, pula menyatakan minat untuk menjadi seorang guru berputik sejak di zaman kanak-kanak lagi.
"Saya ingin membuktikan kepada pelajar saya meskipun dalam keadaan begini tidak bermakna kejayaan merupakan satu hal yang mustahil," kata Khatijah yang dikurniakan dua cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Abdul Halim Hapiz Md Yusop.
Khatijah berkata beliau sudah lali dengan kata-kata sinis pelajar terhadap kekurangan dirinya. Murid-murid boleh berkata apa sahaja namun beliau sendiri perlu kuatkan semangat.
"Guru-guru lain juga perlu mainkan peranan dengan menasihati dan memberikan sudut positif di sebalik kegigihan guru OKU," ujar anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik itu.
Guru wanita itu turut menggesa agar warga OKU diberi peluang sewajarnya seperti peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, pihak kerajaan boleh mengurangkan bebanan guru OKU seperti mengurangkan beban aktiviti ko-kurikulum.
Khatijah menggesa kerajaan agar segala cadangan pembaikan untuk golongan OKU mendapat perhatian sewajarnya dan tidak dipinggirkan sebagaimana kes-kes yang terdahulu.
Hasbullah Awang Chik
Thu May 16 2013
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
MMA jumpa Dr Dzulkefly untuk perbincangan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu berkaitan petugas penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan awam.
"EU beri layanan tidak adil kepada AS" - Trump
Donald Trump menzahirkan rasa kesal atas ketidakadilan dari segi layanan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Amerika Syarikat.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Bursa Malaysia ditutup 16 Mei, ganti cuti Hari Wesak
Bursa Malaysia ditutup 16 Mei, ganti cuti Hari Wesak | Dagang News
Menteri lancar tema Hari Guru melalui video pendek
Tema dipilih bagi menonjolkan peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme, bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Aspirasi guru OKU
Sempena Hari Guru 2013 yang bertemakan Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda. Astro AWANI cuba menyelami aspirasi, cabaran dan perspektif kaca mata guru OKU.