GEORGE TOWN:Medan Selera Tanjung Bungah di Jalan Tanjong Bungah Pulau Pinang musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 10.15 pagi Sabtu.
Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Mohd Rizuan Ramli pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.19 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
Mohd Ridzuan berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan kedai makanan jenis terbuka iaitu medan selera.
"Anggaran peratusan kemusnahan adalah 70 peratus yang mana api berjaya dikawal pada jam 10.50 pagi. Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata setakat tengah hari tadi, kerja pemadaman masih dijalankan dengan bantuan anggota dari BBP Jalan Perak dan Bayan Baru.
Setakat ini, jumlah kerugian masih belum diperolehi dan punca kebakaran sedang disiasat.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Nov 07 2020

Menurut bomba, api berjaya dikawal pada jam 10.50 pagi. - Foto JBPM

Houthi lancar serangan ketiga, sasar kapal pemusnah AS
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, memaklumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Selasa, kumpulan itu telah melancarkan serangan ketiga terhadap kapal induk pesawat AS.
Saham akhirat Rizzalman Ibrahim
: Inspirasi dakwah dan kerja-kerja amal bekas pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim yang kini menerajui Yayasan Rizalman Ibrahim menggerakkan usaha menyebarkan literasi al-Quran, membina surau dan membantu golongan kurang berkemampuan bermatlamat sebagai saham akhiratnya nanti.
Dekatkan diri dengan Al-Quran, jadikan panduan hidup - TPM
Dalam hantaran di X, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam untuk mendekatkan diri dengan kitab suci Al-Quran.
Beliau menekankan pentingnya tadabbur atau menghayati makna ayat-ayat Al-Quran dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.
Beliau menekankan pentingnya tadabbur atau menghayati makna ayat-ayat Al-Quran dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

Suami 'tangkap' isteri berkhalwat dengan lelaki bujang
Hancur hati seorang suami melihat isterinya tergamak melakukan perbuatan keji bersama lelaki lain di sebuah bilik hotel di Lunas di sini pada Selasa.
Warga Emas Rugi RM60,000 Ditipu Sindiket Pelaburan
Seorang warga emas mengalami kerugian sebanyak RM62,109 selepas diperdaya oleh sindiket pelaburan tidak wujud.
Israel kembali lancar serangan besar-besaran ke atas Gaza
Ketegangan memuncak di Semenanjung Gaza apabila tentera Israel melancarkan serangan udara besar-besaran selepas rundingan gencatan senjata dengan Hamas menemui jalan buntu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tindakan tegas terhadap Hamas susulan keengganan kumpulan itu membebaskan para tebusan.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tindakan tegas terhadap Hamas susulan keengganan kumpulan itu membebaskan para tebusan.
AWANI Ringkas: Nuzul Al-Quran | Dakwaan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Terengganu terima teguran, persembahan tidak peka sensitiviti Ramadan
Kerajaan Terengganu menyambut baik teguran orang ramai berhubung persembahan tarian dan nyanyian yang kurang sesuai pada program Pelita Raya dan Pesta Moreh tahun ini.
[TERKINI] Proses rakam percakapan Ismail Sabri ditangguh Rabu ini
Proses merakam keterangan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditangguhkan ke Rabu.
Penangguhan ini disahkan oleh seorang pegawai SPRM, namun sebabnya masih belum didedahkan.
Penangguhan ini disahkan oleh seorang pegawai SPRM, namun sebabnya masih belum didedahkan.

Dua beranak rentung dalam kemalangan dua treler di lebuh raya
Dua beranak rentung dalam kemalangan membababitkan dua treler di Kilometer (KM) 331.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini hari ini.

Asap tebal, Medan Selera Tanjung Bungah terbakar
Medan Selera Tanjung Bungah di Jalan Tanjong Bungah Pulau Pinang musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 10.15 pagi Sabtu.