Produk terkenal negeri Melaka termasuk resipi masakan asam pedas bakal dipatenkan bagi melindungi masakan itu sebagai salah satu warisan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Idris Haron.
"Kita akan menganjurkan satu pertandingan masakan asam pedas dan (resipi) yang terbaik itu kita akan patenkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Hari Harta Intelek Negara di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.
Beliau berkata kerajaan negeri melalui portfolio Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna Dan Koperasi akan menyenaraikan produk-produk Melaka yang dilihat berpotensi untuk didaftarkan sebagai harta intelek.
Katanya Melaka mempunyai pelbagai produk terkenal seperti cencaluk, dodol, gula melaka dan kebaya nyonya yang belum dipatenkan.
"Apa yang kita guna setiap hari secara tidak sedar rupanya kita belum patenkan lagi," katanya.
Bernama
Thu Jun 13 2013

InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kenaikan harga barangan bukan penghalang peniaga asam pedas tawarkan Menu Rahmah
Saharudin berkata beliau berupaya menawarkan Menu Rahmah dengan kerjasama pembekal bahan mentah yang beliau sering berurusan.

Tidak disangka kerana asam pedas, berjaya bantu kepulangan 132 bakal doktor Malaysia dari Rusia
Kerinduan bakal doktor untuk menjamah hidangan Asam Pedas jadi motivasi untuk pelbagai pihak bekerjasama membawa pulang 138 warga Malaysia termasuk 132 pelajar dari pelbagai universiti di Rusia.

Resipi asli asam pedas Melaka perlu dikekalkan
Asam pedas merupakan masakan istimewa Melaka yang sering dicari pelancong tempatan mahupun luar negara.

Sirap RM18? Restoran asam pedas diberi notis amaran
KPDNHEP telah pergi ke restoran tersebut untuk ambil maklumat, selain pemeriksaan berdasarkan aduan berkenaan.