PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy mengemukakan surat representasi agar pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadapnya berhubung kes meminda laporan audit 1MDB.
Peguam Arul Kanda, Jasmine Cheong mengesahkan kepada Bernama representasi itu telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam (20 Julai).
Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Sementara itu, peguam Alaistair Brandah Norman yang mewakili Najib berkata pihaknya belum memfailkan representasi kepada AGC untuk menarik balik rayuan itu.
Pengurusan kes dijalankan hari ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof yang menetapkan 28 Ogos bagi satu lagi pengurusan kes untuk AGC mengemas kini mahkamah mengenai status representasi Arul Kanda dan status rayuan pihak pendakwaan.
Dalam prosiding pengurusan kes itu, Cheong mewakili Arul Kanda, Alaistair hadir bagi pihak Najib manakala Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee bagi pihak pendakwaan.
Pada 3 Mac tahun ini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan (yang kini Hakim Mahkamah Rayuan) telah membebaskan Najib dan Arul Kanda tanpa memanggil mereka membela diri.
Hakim itu memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua mereka.
Dalam alasan penghakimannya, Hakim Mohamed Zaini berkata beliau telah memberikan penilaian maksimum di akhir kes pendakwaan dan mendapati tiada bukti menunjukkan atau membuktikan bahawa Najib secara jelas mengarahkan pindaan yang dibuat untuk membebaskan dirinya daripada sebarang liabiliti sivil atau jenayah.
Dalam kes Arul Kanda, hakim mendapati beliau (Arul Kanda) konsisten sepanjang keterangannya dan keterangannya serasi dengan keterangan lain yang dikemukakan.
Najib, 70, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.
Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada 9 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Mac lalu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan (yang kini Hakim Mahkamah Rayuan) telah membebaskan Najib dan Arul Kanda tanpa memanggil mereka membela diri.- Gambar fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.

Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda
Keputusan itu dibuat tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menolak dua notis rayuan dikemukakan pihak pembelaan.

Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Irwan Serigar dan Arul Kanda untuk membatalkan saman oleh 1MDB.

Arul Kanda hantar representasi agar pendakwaan gugur rayuan kes pinda laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengemukakan surat representasi agar pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadapnya berhubung kes meminda laporan audit.

Kes audit 1MDB: Najib, Arul Kanda dilepas, dibebaskan
Hakim Mohamed Zaini Mazlan mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie bagi pertuduhan itu.

Kes 1MDB: Najib, Arul Kanda tiba di mahkamah untuk dengar keputusan bela diri atau bebas
Bekas Perdana Menteri itu hadir bagi mendengar keputusan berhubung pertuduhan meminda laporan audit syarikat 1MDB.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri pada 3 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Mac untuk keputusan sama ada Najib dan Arul Kanda dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB: Pendakwaan selesai kemuka saksi
Pendakwaan dalam kes meminda laporan audit 1MDB membabitkan Najib dan Arul Kanda hari ini selesai mengemukakan kesnya selepas memanggil 16 saksi.

Kes 1MDB: Arul Kanda beritahu mahkamah bekas CFO sembunyi dokumen syarikat
1MDB tidak dapat sediakan dokumen kerana pejabat syarikat diserbu oleh polis serta SPRM dan banyak dokumen serta fail termasuk cakera keras dirampas.

Najib, Arul Kanda arah pinda laporan akhir audit 1MDB untuk lindungi diri - Saksi
Najib dan Arul Kanda dikatakan telah mengarahkan supaya laporan akhir audit 1MDB dipinda bagi melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah.