Kes saman bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap The Malaysian Insider (TMI) selesai selepas portal berita itu memohon maaf dan melahirkan rasa kesal berhubung penerbitan artikel mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Permohonan maaf secara terbuka itu dikemukakan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jahabar Sadiq Abdul Kader dan Penyunting Bahasa Melayu untuk versi Bahasa Melayu portal itu Amin Shah Iskandar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.
"Saya Jahabar Sadiq Abdul Kader, sebagai defendan pertama dalam tindakan ini dan pada masa material adalah CEO dan penyunting laman sesawang www.themalaysianinsider.com, dengan ini membuat kenyataan maaf bagi pihak saya dan semua defendan yang lain iaitu Amin Shah Iskandar dan Edge Insider Sdn Bhd," katanya.
Jahabar Sadiq juga mengakui bahawa artikel yang telah disiarkan pada 24 Julai 2014 bertajuk 'Going by Selangor ruler's criteria, Khalid should quit as MB' dan 'Berasaskan kriteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB' telah memberi gambaran kepada pembaca TMI dan rakyat Malaysia bahawa Abdul Khalid perlu berundur sebagai Menteri Besar Selangor (ketika itu).
Beliau juga mengakui bahawa menerusi artikel itu telah memberi gambaran bahawa Abdul Khalid seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak beramanah, tidak jujur, tidak berprinsip, korup dan orang tengah UMNO bagi mencapai penyelesaian di luar mahkamah berhubung kes mahkamah melibatkan Bank Islam terhadapnya.
"Kami menerima fakta bahawa artikel pertama dan kedua bersifat fitnah dan telah menyinggung perasaan serta mencederakan reputasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan terhadap beliau di dalam kapasiti dirinya sendiri.
"Menyedari perkara-perkara di atas, kami dengan ini menarik balik artikel pertama dan kedua, kami juga secara nyata dan tanpa syarat melahirkan rasa kesal dan dengan ikhlas serta suci hati memohon maaf kepada Abdul Khalid," katanya.
Katanya walaupun TMI telah ditutup dan tidak beroperasi sejak 14 Mac 2016, mereka menarik balik kedua-dua artikel dan semua kandungan di dalamnya berserta komen-komen pembaca.
Mereka berjanji sama ada secara sendiri atau melalui ejen, wakil, pekerja atau kakitangan tidak akan secara nyata dan/atau tidak nyata mengulangi atau menyebabkan penerbitan kandungan dan ulasan sama ada secara keseluruhan atau sebahagian yang telah dinyatakan dalam kedua-dua artikel.
Mahkamah kemudiannya membatalkan saman itu dan mengucapkan terima kasih kepada plaintif dan defendan kerana bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan tanpa sebarang kos. Hari ini kes itu dijadualkan untuk perbicaraan.
Abdul Khalid, 70, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam Edmund Bon, manakala peguam S. Stanley Sebastian dan Seira Sacha Abu Bakar mewakili kesemua defendan.
Pada 11 Ogos 2014, Abdul Khalid selaku plaintif, memfailkan saman terhadap Jahabar Sadiq, Amin Shah, pemilik dan pentadbir portal berita itu, The Edge Communications Sdn Bhd dan TMIDOTCOM Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga keempat.
Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa kesemua defendan telah menerbitkan kenyataan fitnah dan/atau palsu dengan niat jahat menunjukkan beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, seorang yang tidak layak menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, serta seharusnya berundur dan/atau meletak jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak memenuhi kriteria Sultan Selangor.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita berkata institusi dan pengamal media sepatutnya memastikan berita-berita yang diterbitkan mengandungi fakta tepat dan benar demi memelihara kewibawaan diri mereka sendiri dan institusi kewartawanan.
"Permohonan maaf oleh para defendan ini sekali gus membuktikan bahawa segala tuduhan salah laku dan tidak bermaruah yang dikenakan terhadap saya adalah jahat, tidak berasas dan direka hanya untuk menjatuhkan saya daripada jawatan Menteri Besar Selangor," katanya.
Bernama
Mon Jun 20 2016

Dua artikel yang diterbitkan TMI adalah 'Going by Selangor ruler's criteria, Khalid should quit as MB' dan 'Berasaskan kriteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB'. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Artikel fitnah: Bekas CEO The Malaysian Insider mohon maaf kepada Abdul Khalid
Artikel telah memberi gambaran kepada pembaca TMI dan rakyat Malaysia bahawa Abdul Khalid perlu berundur sebagai Menteri Besar Selangor.