Mahkamah Majistret di sini diberitahu artikel tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang disiarkan anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli di media sosial telah menjejaskan reputasi perbadanan itu sehingga menyebabkan ramai pendeposit mengeluarkan wang mereka secara mendadak.
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Tabung Haji Datuk Rozaida Omar berkata Mohd Rafizi telah mengeluarkan tujuh artikel berkaitan Tabung Haji yang memberi persepsi negatif serta menakutkan para pendeposit.
"Di dalam artikel tersebut, ada fakta yang tidak tepat dan boleh mengelirukan pendeposit dan menyebabkan tindakan diambil oleh pendeposit.
"Kita mengawal dari segi aktiviti pendeposit. Setiap hari kita ada mengikuti tingkah laku dan bila (Tabung Haji) buat kajian selepas artikel dikeluarkan, terdapat bukti-bukti ia beri kesan pengeluaran yang mendadak yang tidak sama dengan tempoh pada tahun sebelumnya," katanya.
Rozaida yang merupakan saksi pendakwaan ketiga berkata demikian semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas pada perbicaraan kes Mohd Rafizi yang didakwa menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji di dalam akaun Facebook miliknya.
Kepada soalan Abazafree, Rozaida berkata beliau mengetahui mengenai artikel tohmahan itu selepas pihak Tabung Haji mengumumkan agihan bonus atau hibah kepada pendeposit, merangkumi 4.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 1.5 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016.
Rozaida berkata, dia dimaklumkan oleh pengurus besar bahagian khidmat korporat Tabung Haji mengenai penyiaran artikel itu dan turut membuka media sosial untuk melihat artikel tersebut.
BACA: BAFIA: Rafizi dipenjara 30 bulan
BACA: Kedudukan Rafizi sebagai Ahli Parlimen Pandan kekal - SPR
Saksi itu menjelaskan terdapat 12 artikel tohmahan yang disiarkan di media sosial iaitu tujuh daripada Mohd Rafizi dan lima daripada portal berita dan kesemua artikel itu disiarkan antara Januari dan Februari 2016.
Rozaida berkata selepas mengetahui mengenai artikel itu, pihak pengurusan tertinggi Tabung Haji termasuk eksekutif bahagian integriti, bahagian risiko dan bahagian perundangan serta ketua pegawai pelaburan telah mengkaji artikel tersebut dan mendapati satu laporan polis perlu dibuat bagi menjaga dan membersihkan reputasi perbadanan itu.
"Saya sebagai pegawai utama telah diberi tanggungjawab untuk membuat laporan polis dan pada 18 Feb 2016, antara 9 dan 10 pagi saya telah pergi ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan," katanya.
Terdahulu, Majistret Umzarul An-Nur Umar menolak bantahan awal yang dikemukakan Mohd Rafizi untuk menghentikan perbicaraan kes itu atas alasan perbicaraan tidak sah kerana Umzarul An-Nur tidak menjalankan pemeriksaan terhadap pengaduan oleh pengadu (Rozaida).
Umzarul An-Nur berkata mahkamah tidak perlu melaksanakan pemeriksaan di bawah Seksyen 133 Kanun Prosedur Jenayah kerana seksyen itu tidak terpakai bagi kes tersebut yang bukan merupakan saman persendirian.
Mohd Rafizi, 41, mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk 'Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015' di dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Feb 2016, yang mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada kira-kira 9 pagi, 8 Feb 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung 12 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2018
![Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji - saksi Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji - saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61499741903_RafiziRamli.jpg)
Mohd Rafizi mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk 'Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015' di dalam akaun Facebooknya pada Februari 2016, yang mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji. - Gambar fail
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Wartawan buat laporan polis terhadap penulis didakwa fitnah, cemar reputasi Premier Sarawak Wartawan buat laporan polis terhadap penulis didakwa fitnah, cemar reputasi Premier Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707116588_ManchaAta.jpg)
Wartawan buat laporan polis terhadap penulis didakwa fitnah, cemar reputasi Premier Sarawak
Seorang wartawan veteran di sini telah membuat laporan polis terhadap seorang penulis dua artikel dalam talian baru-baru ini yang dikatakan memfitnah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643611701_TBLALITHA.jpg)
Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah
Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki diperoleh daripada sumber yang sah.
![Wisma Putra jelaskan isu artikel mengenai Tubir Selatan Wisma Putra jelaskan isu artikel mengenai Tubir Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637944169_wismaputra.jpg)
Wisma Putra jelaskan isu artikel mengenai Tubir Selatan
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan Indonesia tidak membuat sebarang kenyataan menuntut kedaulatan Tubir Selatan (South Ledge) seperti didakwa sebuah artikel terbitan Defence Security Asia.
![Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605562178_TUNABDULLAHAHMADB.jpg)
Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu
Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka.
![Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604265857_NoorHisham.jpg)
Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.
![Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597710144_TBDOCBERDARJAHMARK.jpg)
Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM
Markas TLDM berkata pihaknya telah mengambil maklum perkara berkenaan dan akan menyiasat punca serta sumber ketirisan maklumat itu.
![Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566019129_AirAsia.jpg)
Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah
Pada 10.01 pagi, saham AirAsia Group turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 20.95 juta bertukar tangan manakala AirAsia X jatuh satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen.
![Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang dan dua lagi berhubung artikel Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang dan dua lagi berhubung artikel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51569467679_TBNAJIBIMDB.jpg)
Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang dan dua lagi berhubung artikel
Najib mendakwa artikel dibuat bagi mengenakan tekanan ke atas Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mahkamah berkenaan dalam kes SRC International.
![Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571628395_TBRAMASAMY.jpg)
Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman
Ramasamy berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak polis.
![Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562067258_TeresaKok.jpg)
Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata beliau merasakan difitnah atau diburukkan oleh kata-kata yang terkandung dalam artikel itu.