Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan yang dimuat naik melalui laman web, dua tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
"Setelah menimbang hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Mahkamah dengan ini mendapati tertuduh bersalah dan disabit dengan pertuduhan pilihan," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan Abdullah Zaik dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.
Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Terdahulu, peguam Salim Bashir yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minima kerana ini kali pertama anak guamnya disabitkan dengan kesalahan di mahkamah.
"Pohon mahkamah mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai sembilan anak selain tidak melibatkan pertumpahan darah mahupun kekerasan jenayah," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Izwan Ariff Ibrahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat kerana khuatir kenyataan hasutan jika berterusan akan menyebabkan kepincangan dalam masyarakat.
Abdullah Zaik didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan artikel berbaur hasutan bertajuk 'Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan' melalui laman webnya di Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara 3 petang hingga 3.30 petang, 6 Mei 2014.
Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu memperuntuk hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Pada 16 Mei lepas, mahkamah sama melepaskan dan membebaskan Abdullah Zaik daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kedatangan kaum Cina dan British ke Tanah Melayu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Bernama
Tue Aug 30 2016

Abdullah Zaik (tengah) didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan artikel berbaur hasutan bertajuk 'Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan' melalui laman webnya pada Mei 2014. - fotoBERNAMA/Fail

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Artikel berbaur hasutan, presiden Isma didenda RM2,000
Hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.