Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menemui lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun di beberapa buah gua di Gunung Pulai, di sini.
Artifak dalam bentuk peralatan batu, pecahan tembikar dan kulit siput sungai ditemui di tapak-tapak baharu ekskavasi antaranya di Gua Kelambu, Gua Tembus dan Gua Akar di gunung tersebut.
Pesuruhjaya Warisan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mesran Mohd Yusop berkata, artifak itu ditemui ketika jabatannya sedang menjalankan eksplorasi di kawasan berkenaan antara April hingga Oktober tahun lalu.
"Eksplorasi ini bertujuan melaksanakan pendokumentasian dan inventori tapak bagi memperoleh data arkeologi terkini dan mengetahui sebarang kemungkinan jumpaan bukti yang masih belum diterokai oleh penyelidik terdahulu.
"Penemuan artifak ini membuktikan adanya kehidupan prasejarah di kawasan ini dan ia memberikan kita petunjuk baharu mengenai kehidupan mereka suatu ketika dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mesran berkata, ekskavasi dan penyelidikan di tapak tersebut turut disertai Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Geologi, Universiti Malaya (UM).
Beliau berkata, sebahagian daripada artifak yang ditemui telah dihantar ke Singapura untuk dianalisa dan ditentukan secara tepat usianya.
Menurutnya, jika artifak itu benar-benar berusia 17,000 tahun ia bermakna penempatan di Gunung Pulai itu adalah antara yang tertua di negeri ini dan lebih tua berbanding di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok.
Beliau turut menjelaskan bahawa penemuan itu menjadikan Gunung Pulai sebagai tapak arkeologi bernilai tinggi terhadap data arkeologi negara dan sebagai asas dalam mengenali asal-usul masyarakat lampau.
"Ia juga berupaya mempopularkan kawasan ini dan menjadikan Gunung Pulai dan gua-gua di sini sebagai tumpuan pelancong dan penyelidik serta pakar-pakar arkeologi," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Arkeologi JWN, Ruzairy Arbi berkata, penemuan peralatan batu itu menggambarkan bahawa masyarakat Paleolitik di sini menggunakan batu secara intensif untuk tujuan pemburuan dan penyimpanan makanan.
Manakala, penemuan kulit siput sedut sungai pula disifatkan yang paling penting kerana ia menjadi bukti mengenai amalan pemakanan dan diet masyarakat prasejarah di situ.
"Semua artifak ini ditemui di permukaan tanah kawasan gua-gua tersebut dan kita percaya lebih banyak artifak yang tertanam dan kita akan membuat pemetaan dan galian dalam tempoh sebulan lagi untuk mencari artifak lain," katanya.
Dalam pada itu, JWN turut memohon kepada orang ramai agar mematuhi perundangan Akta Warisan Kebangsaan 2005 dengan melaporkan segera sebarang jumpaan bersejarah di kawasan Gunung Pulai kepada pegawai daerah atau pesuruhjaya warisan. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 21 2020
Jabatan Warisan Negara menemui lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun di beberapa buah gua di Gunung Pulai, Baling. - Gambar BERNAMA
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Artifak berusia 17,000 tahun ditemui di Gua Gunung Pulai, Baling
Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menemui lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun di beberapa buah gua di Gunung Pulai, Baling.