KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, Arab Saudi mewajibkan jemaah umrah tempatan dan antarabangsa yang ingin menziarahi Tanah Suci untuk mengemukakan keputusan negatif ujian PCR COVID-19.
Menurut jurucakap rasmi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Hesham A. Saeed, hanya jemaah yang terbukti negatif COVID-19 melalui ujian PCR atau RTK (Ag) dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh keberangkatan ke Tanah Suci dibenarkan memasuki Arab Saudi.
Selain itu, jemaah juga masih diwajibkan untuk melengkapkan vaksinasi di negara masing-masing dan berdaftar melalui aplikasi "Tawakkalna" dan "Eatmarna", katanya dalam temubual dengan Saudia TV.
Hesham menambah pihaknya menerima lebih daripada 282,000 permohonan visa umrah sejak bermulanya musim umrah 1443 Hijrah dan menjangkakan bilangan permohonan akan bertambah terutamanya ketika menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.
Beliau turut mengingatkan jemaah umrah dan ziarah agar sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan sepanjang masa, demi menjaga maslahat mereka dalam menghadapi varian Omicron COVID-19 ketika berada di Tanah Suci.
Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi turut mewajibkan rakyatnya yang berumur 16 tahun ke atas untuk mengambil dos penggalak bagi mereka yang telah melepasi tempoh tiga bulan daripada tarikh pengambilan dos kedua, sebelum dibenarkan untuk ke luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022
Hanya jemaah yang terbukti negatif COVID-19 melalui ujian PCR atau RTK (Ag) dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh keberangkatan ke Tanah Suci dibenarkan memasuki Arab Saudi. - Gambar fail
Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Bukayo Saka, dijangka akan diketepikan selama lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan kecederaan hamstring, kata pengurus pasukan itu, Mikel Arteta.
Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.
Fokus Minggu Depan: Israel bermaharajalela di Asia Barat
Ikuti ulasan Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusoff berkenaan situasi semasa di Asia Barat yang menyaksikan peningkatan serangan rejim zionis Israel.
Ketua WHO antara terperangkap dalam serangan udara Israel di Yaman
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdepan detik cemas susulan serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap lapangan terbang utama Yaman pada Khamis.
Pitbull buat kejutan bersihkan bola kristal terakhir di Times Square
Penyanyi rap terkenal, Pitbull membuat kejutan di bangunan One Times Square New York apabila dilihat membersihkan bola kristal terakhir yang dipasang menjelang sambutan tahun baharu pada Jumaat.
Rasa durian MS88 setanding 'Black Torn', diperluas ke pasaran global
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR 88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
Kerajaan jamin bekalan kelapa mencukupi tampung keperluan perayaan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
Sebatan di khalayak: Kepentingan awam lebih utama daripada aib pesalah
Tindakan sebatan syariah di khalayak ramai yang dilaksanakan di Terengganu semalam tidak melanggar perintah Islam yang menyeru menutup aib individu kerana ia bersifat kepentingan awam.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya ingin menghabiskan baki hukuman kepada tahanan di rumah.
Arab Saudi wajibkan jemaah umrah kemuka keputusan negatif PCR mulai hari ini
Bermula hari ini, Arab Saudi mewajibkan jemaah umrah tempatan dan antarabangsa yang ingin menziarahi Tanah Suci untuk mengemukakan keputusan negatif ujian PCR COVID-19.